Epilog Cinta Kau & Aku (3 & 4)


3.

Inginku gapai dirimu, tidak langsung kesampaian. Inginku raih cintamu, memang tidak akan menjadi nyata. Bahkan, tiada sekelumit pun perasaan yang menyapa dalam hati ini. KAU jadikan aku mainan. Aku, KAU campak seperti sampah. Bagaikan tiada harga diri aku di mata KAU. Kalaulah KAU faham apa yang ada di hati kecilku. Kalaulah KAU rasa apa yang aku rasakan selama ini. Sudah pasti KAU akan datang melutut di kakiku!

“Oit, khusyuk menulis nampaknya. Surat cinta untuk siapa tu?”

Sergahan Lisa membuatkan Izzati kelam kabut menutup diari miliknya. Terus matanya tertancap pada wajah kacukan cina melayu. “Kau nak apa?”

“Ada orang nak jumpa”, jawab Lisa seraya menjuih bibir ke arah luar bilik.

Berkerut dahi Izzati. “Kalau pasal nak booking album, kan kau boleh uruskan”

“Sebab dia tak nak aku uruskanlah, aku panggil kau. Macam cerewet je aku tengok. Padahal, bukannya aku dengan staff lain tak faham pun. Kau pergilah tengok. Nyampah pula aku. Nak cakap juga dengan Cik Izzati katanya!” Membebel pula Lisa tika ini.

Sepantas itu juga Izzati bangun lalu mengorak langkah keluar dari biliknya. Sebaik saja tiba di kaunter, lantas senyumannya dihulurkan buat pelanggan yang sedang menunggu dirinya.

“Ya encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

“Saya nak tempah album perkahwinan. Macam mana ya?”

Mata Izzati sesekali mengerling ke arah Lisa. “Boleh berikan saya business card”, ujar Izzati cuba memaniskan muka.

Kelihatan lelaki itu mengerutkan dahi. Secepat itu juga Izzati bertutur, “Maksud saya, kalau encik ni photographer, mesti ada business card. Jadi, dapatlah diskaun. Kalau tak ada, harga dia seperti biasalah”

Kelihatan lelaki itu mengangguk tanda faham. Akhirnya kad bertukar tangan. Membuntang mata Izzati meilhat perkataan yang tertulis di kad tersebut. Bukan nama penuhnya yang catik sangat pun. Tapi, nama gelaran lelaki itu sudah memberi jawapan segala-galanya. Bibir Izzati tersenyum. Lisa di sebelah makin bingung meilhat senyuman sahabatnya.

Angau ke apa. Desis hati kecilnya.

Izzati menghulurkan kad tersebut kepada Lisa. Sama juga seperti reaksi Izzati. Membuntang mata Lisa melihat nama syarikat itu. Wah, terkenal dia ni.  

“Kejap ya. Saya minta rakan kongsi saya buatkan booking order

Lelaki itu sekadar mengangguk. Lisa yang mendegar sudah memahami apa yang disampaikan oleh Izzati. Tangannya lincah menaip keybord.

“Boleh saya bincang dengan Cik Izzati kejap?” Lagaknya seakan-akan meminta izin.

Izzati mengangguk laju. “Kita ke bilik meeting

Sebaik tiba di bilik meeting, masing-masing mengambil tempat duduk.

“Hal apa yang encik nak bincangkan”

“Macam ni, setuju tak kalau Cik Izzati bekerjasama dengan pihak kami? Saya baru berjinak untuk mulakan sendiri”

“Saya faham”, potong Izzati laju.

“Tapi, ada sesetengah pihak akan ambil upfront payment. Jadi… ”

Sekali lagi Izzati mencelah, “Pihak kami memang tak ambil upfront payment. Encik boleh selesaikan pembayaran sebaik saja dapat final artwork. Tapi, kat sini business kecil je. Tak adalah besar mana. Tapi, encik boleh letakkan kepercayaan terhadap pihak kami. Saya akan siapkan dokumen yang diperlukan dulu. Kalau dah siap, insyaallah saya akan call encik”, sambung Izzati dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

“Terima kasih Cik Izzati. Tapi, tak payahlah berencik dengan saya. Panggil Fakrul pun boleh”

Izzati sekadar mengangguk. Alhamdulillah, makin bertambah rezeki dia dan juga pekerja di Perfect Picture Sdn Bhd.

*****

Lama dia berteleku di atas sejadah itu. Matanya terpejam rapat sambil mulutnya terkumat-kamit beristighfar serta berzikir. Buah tasbih ditolak satu per satu. Daun pintu ditolak kasar tidak sedikitpun mengganggu kekhusyukkan Saiful untuk berzikir.

“You, I tunggu kat bawah dari pukul 8. Kenapa you tak bersiap lagi?” Tiada langsung rasa hormat Tira terhadap suaminya. Beg tangan dihempas ke  atas katil.

Saiful memandang Tira yang sudah seperti singa lagaknya. “Meh sini”, tutur Saiful menepuk-nepuk lembut permaidani di sebelahnya.

“You nak suruh I buat apa duduk situ? Nak ajar I mengaji?” Tira sudah mencekak pinggang. Ikutkan hati, mahu saja ditelan Saiful hidup-hidup.

“Marilah sini”, ajak Saiful masih lagi berlembut.

Tira menonong duduk di sebelah Saiful. Pandangan dua insan itu saling menikam antara satu sama lain.

“Kan bagus awak dengar cakap saya macam sekarang ni”, tutur Saiful lantas tersenyum.

“Apa maksud you? Kenapa pandang I atas bawah?”, soal Tira kasar.

“Kan bagus kalau awak bertudung. Sejuk mata saya tengok kalau awak bertudung. Kan banyak saya beli untuk awak tudung. Rugi kalau awak tak pakai” Begitu lembut dia menegur Tira.

Nafas Tira sudah membuak-buak. Mukanya makin merah menahan marah. Tanpa membuang masa, dia terus bangun. Lantas, beg tangan dicapai lalu kakinya terus melangkah ke arah daun pintu.

“I tidur rumah papa”, ujar Tira cuba menahan marah.

Senyuman Saiful terus mati. Dia mengucap panjang. “Sabarlah Saiful. Mungkin ini dosa-dosa kau yang lalu. Ini ujian untuk kau. Sabar Saiful. Kau kena kuat” Kata-kata itu lebih memujuk dirinya sendiri. Ya, dia harus kuat!



4.

“Kenapa tak makan?”

Izzati terpinga-pinga. “Hah?”

Muaz ketawa kecil. “Comel awak buat muka macam tu. Saya tanya tadi, kenapa awak tak makan?”

Izzati menggeleng laju.

“Geleng pula dia. Zati, awak ada masalah ke? Business okey tak?”

“Okey. Semuanya okey”, jawabnya laju.

“Dah tu, kenapa awak macam tak happy je keluar dengan saya?”

“Eh, mana ada. Saya okey je Muaz. Tak ada apa-apa yang perlu awak risaukan. Mungkin penat kerja kot”

“Kot?”, soal Muaz terangkat kedua-dua keningnya.

“Biasalah kerja banyak sangat. Kadang-kadang nak makan pun tak lalu”, jawab Izzati sekadar menutup mendung di jiwanya.

“Kalau ada masalah, ceritalah kat saya. Kita dah nak bertunang Zati. Kalau awak berdiam diri macam ni, makin keruh pula keadaan awak nanti”

Izzati mengangguk kepala berkali-kali. “Saya nak kepastian boleh?”

Muaz yang berselera menjamah makanan sekadar menjawab dengan anggukan.

“Muaz, awak okey ke nak bertunang dalam masa terdekat ni?”

Selera Muaz bagaikan terputus. Pandangan terus tertancap pada Izzati. Lama dia merenung mata bundar itu. Cuba mencari makna di sebalik persoalan Izzati.

“Awak yakin ke yang awak dah bersedia?”

Muaz menarik nafas sedalam mungkin. Lalu, dihembus perlahan-lahan. “Saya sayang awak Zati. Kalau boleh, saya tak nak bertunang. Saya nak kita kahwin je terus. Tapi, awak yang minta kita bertunang dulu”

“Saya tahu. Tapi..”

“Awak tak yakin dengan saya ke?”, celah Muaz tanpa sempat Izzati menghabiskan ayat.

“Bukan macam tu” Laju Izzati menjawab. Siap kepala digeleng berkali-kali.

“Habis tu?”

“Saya..”

“Tinggal beberapa hari lagi kita akan bertunang”, tukas Muaz beserta keluhan kecil.

“Muaz, saya saja je nak test awak. Janganlah serius sangat” Pura-pura Izzati ketawa besar.

Bagaikan nak terjojol keluar mata Muaz saat ini. Dia melepaskan keluhan dengan lemah. “Zati, please jangan bergurau lagi macam ni. Saya tak tahu nak cakap macam mana..” Muaz bagaikan kehilangan kata-kata. Sungguh, dia dah macam nak hilang nyawa dengan gurauan Izzati.

“Maaf Muaz. Saya janji tak gurau macam tu lagi”, tutur Izzati cuba untuk tersenyum. Namun, senyumannya tawar, pahit dan perit. Itu yang dirasakan olehnya waktu ini.

Muaz memandang Izzati lama. “Promise?”

Hanya anggukan yang menjawab segala pertanyaan Muaz.

“Betul ni?” Sekali lagi Muaz inginkan kepastian.

“Ya Muaz. Saya janji” Siap dengan tangan kanan diangkat seperti berikrar. Dalam hati saat ini, hanya Allah saja yang tahu. Hipokritnya!

*****

“Nab, dah telefon ke anak saudara kesayangan awak tu?” Sengaja perkataan ‘kesayangan’ ditekan kuat.

Che Nab yang sibuk melipat kain terus menjawab, “Belum lagi. Kenapa?”

Pak Mail ketawa sinis. “Jangan tiba-tiba dia tak jadi pula nak bertunang. Saya dah panggil saudara mara kita yang terdekat datang”

Terhenti seketika kerja Che Nab. “Yang abang pandai-pandai jemput tu kenapa? Kan Zati dah pesan, jangan bagi orang lain tahu. Kalau tak jadi nanti, abang juga yang malu” Che Nab mula membebel.

Pak Mail diam. Bebelan isterinya bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia sibuk dengan daun rokok dan juga tembakau di tangan. Geram pula Che Nab melihat.

“Abang dengar tak apa yang saya cakap ni? Zati satu-satunya anak saudara kita. Ingat abang, kita ni tak ada anak. Zati tu dah macam anak kita dah. Cuba abang ingat, tak ada seorang pun anak saudara yang lain, rapat dengan kita ni. Abang dah lupa ke amanah arwah Kak Long dengan Bang Long?”

Pak Mail terdiam. Dia mengeluh lemah. “Saya terkilan sebab hal tu”

“Itukan kisah lama. Hal yang lama jangan diungkit. Sampai bila abang nak simpan marah tu?” Che Nab berharap sangat marah suaminya itu dibuang jauh-jauh.

“Saya nak pergi kebun kejap. Assalamualaikum”, tukas Pak Mail terus bangun dari duduknya.

Kepala Che Nab digeleng berkali-kali. “Sampai bilalah nak macam ni”, gumamnya seorang diri.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)