CINTA CUPCAKE

1

“HEI ENCIK, buta ke apa? Tak nampak ke saya kat tengah-tengah jalan macam ni?”, jerkah Syura dengan suara yang sehabisnya keluar. Habis bungkusan kotak di tangannya terjatuh dan terkeluar isi di dalamnya. Nak cakap fone pun, tengoklah orang sama. Bodoh betullah! Kutuk hatinya marah. Amboi, dah kira marah tahap cipanlah tu. Sampaikan perkataan ‘bodoh’ pun keluar.

Langkah kaki Fiq terhenti. Telefon masih di tangannya. Dia menoleh ke belakang. Pandangannya kini berbalas dengan pandangan Syura. Sesekali matanya melirik ke arah bungkusan yang sudah terkeluar isinya. Bala apa pulak yang datang ni? soal hati kecil Fiq.

“Zack, aku call kau nanti. Ada perempuan gila pulak yang tiba-tiba naik angin”, tutur Fiq lalu memutuskan talian.

Gila? Ingat aku gila ke? Syura mula panas telinga. Seakan-akan berasap pula telinganya kini. Kalau di siram air sejuk pun belum tentu lagi dapat menghilangkan panas di telinga nipisnya itu. Ingat dia tidak dengar lelaki itu menuduhnya gila? Huh, kalau aku gila, dia pun gila layan aku. Eh, jap! Aku nak gaduh ke atau nak cakap seorang diri? Syura memejam celik matanya berkali-kali.

“Woi, dah la langgar orang tak reti nak minta maaf. Sesedap mulut kau kata aku ni gila. Cantik sangatlah bahasa kau tu laki sial!” Lantang sekali Syura menghambur kata-katanya. Tidak di peduli lagi keadaan di sekeliling. Ada yang seakan seronok melihat babak pergaduhan pagi sebegini. Apa aku kisah. Lantaklah orang nak tengok ke tak. Ngomel hatinya.

Fiq yang sudah dimarahi hanya mampu diam dan tersenyum sinis. Rasa lucu pula dengan perangai perempuan di hadapannya. Marah tak macam marah. Boleh lagi mengelamun. Macam-macam orang la aku jumpa. Gumam Fiq jauh di dasar hati.

Syura yang melihat makin meluap-luap bencinya. “Yang kau senyum-senyum macam orang gila tu kenapa? Aku nak balik ganti rugi”, ujar Syura makin berani melangkah menghampiri Fiq. Dengan lima langkah saja, dia berdiri betul-betul di hadapan Fiq.

“Kau ingat jalan ni bapak kau yang punya? Siapa suruh kau jalan tengah-tengah? Jangan sesedap mulut je nak marah orang. Oh, aku gila ke, atau kau yang gila?”, bidas Fiq dengan mata yang makin mengecil. Keningnya mula berkerut. Hanya beberapa cm lagi boleh bercantum. Dahsyat tu!

Nafas Syura yang berombak makin berapi jadinya. Dengan penuh hati yang marah dia berkata, “Woi, aku dengan angkat kota-kotak tu, kau tak nampak ke? Buta sangat ke kau ni? Dahlah langgar tak tahu nak minta maaf. Dah tu, cakap aku ni gila. Kalau aku ni gila, dah lama aku duk kat hospital sakit jiwa. Tak kira, bayar balik ganti rugi. Kalau tak, aku saman kau” Syura cuba mengugut.

Fiq yang mendengar terus ketawa. “Manalah tahu kau ni terlepas dari hospital sakit jiwa ke. Nak aku hantarkan kau ke sana semula ke?”, soal Fiq dengan ketawa masih lagi bersisa. Dalam diam, malu juga kerana dia dan Syura menjadi perhatian orang awam. Sudahlah bergaduh di tempat terbuka. Memalukan! 

“Perhatian, perhatian, ini masalah kecil je. Dia ni terlepas dari hospital sakit jiwa. Sebab tu otak dia tak betul”, jerit Fiq dengan kuat kepada orang yang sudah berkerumun memerhatikan kejadian itu.

Syura sudah merah mukanya. Apatah lagi matanya. Seakan mahu menangis pun ada. Dengan berbakul-bakul kemarahan yang penuh di hatinya,

PANG!!

Dia menampar pipi lelaki yang tidak henti-henti dengan ketawa dari tadi lagi. Siapa yang tak malu jika ada orang menuduhnya gila. Lebih-lebih lagi di kawasan terbuka. Semua orang akan menganggapnya gila pula. Melampau betullah jantan ni. Ambil kau! ‘jantan’ terus aku panggil kau! marah Syura sudah menyeka air hangat yang mula jatuh di pipinya dengan kasar.

Fiq terdiam. Orang sekeliling yang memerhati mula bersuara. Makin gamat suasana dengan mulut orang yang memerhati mereka. Dengan tajam matanya menikam anak mata Syura. Bibirnya yang merah itu di ketap. Sekuat yang mungkin dia mengawal tangannya agar tidak melayang di pipi gebu Syura. Sabar Fiq….jangan kasar dengan perempuan. Hatinya seolah-olah menenangkannya.

“Jangan hina saya di khalayak orang ramai”, tukas Syura menggunung kemarahan. Dengan hati yang sebal, marah, benci, dia melangkah meninggalkan tempat yang ‘panas’ itu. Perasaannya kini bercampur menjadi satu. Kalau tahu macam ni jadinya, dia pun tak mahu meminta ganti rugi. Dia juga yang dimalukan. Hah, itulah. ‘Jangan di joloknya sarang tebuan, padah akibatnya’. Bebel hati kecilnya. entah betul, entah tidak peribahasa tu….janji boleh je la…

*****

Bummm!!

“Opocot mak aku, anak kambing lari terkedek-kedek…”

“Eh, pocot-pocot”, sambung Fiq turut melatah. Dengan ‘control macho’ dia terus berdehem berkali-kali. Jatuhlah air mukanya nanti. Ada pula melatah depan pekerja sendiri. Tak malu langsung!

“Ehem..” Begitu juga dengan setiausahanya. Tawanya di tahan juga sebaik saja melihat raut wajah majikannya yang serius sekali.

Fiq yang hendak marah terus tidak jadi marah. Dia berlagak tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, serius di mukanya tetap kelihatan. “Kak Ita buat apa kat bilik saya ni?”, soal Fiq mula melabuhkan punggung di kerusinya.

“Errkk, kemas meja bos. Sediakan air, macam biasalah bos. Yang bos hentak-hentak pintu tu kenapa? Terkejut saya bos. Kan dah terkeluar anak kambing”, balas Kak Ita perlahan di hujung kata-kata.

Fiq mengangkat kening. “Yang Kak Ita melatah tu kenapa? Saya pun dah berjangkit sekali. Tak apalah, tolong panggilkan Zack sekarang”, arah Fiq dengan suara yang tegas.

“Baik bos”, balas Kak Ita terus keluar.

“Bulu ayam ni…”

“Eh, bulu-bulu tak sehaluan…”, latah Kak Ita makin menjadi-jadi. Tidak jadi pula dia melangkah keluar. “Maaf bos. Saya ambil ni dulu”, ucap Kak Ita sudah menunduk kepalanya.

Sebaik saja setiausahanya keluar, tawa Fiq terus terhambur keluar. Kambing lari terkedek-kedeklah, bulu-bulu tak sehaluanlah. Macam-macam hal! Tawanya mati sebaik saja terdengar ketukan di pintu.

Tuk, Tuk, Tuk…

“Masuk”, laung Fiq dari dalam.

“Kenapa kau panggil aku?”, soal Zack sudah menutup daun pintu.

“Aku sebenarnya nak marah. Tapi, tak jadi marah pula. Macam mana dengan meeting tadi? Okey tak?” Fiq mula menyoal tentang kerja.

“Okey je. Kau kenapa masuk lewat hari ni? tadi, kau kata ada orang gila kenapa?” Zack mula mengambil tempat menghadap Fiq.

“Hmmm”, keluh Fiq lalu menyandar kepalanya di kerusi.

“Kenapa Fiq? Kau kena kacau dengan orang gila ke?”, soal Zack sudah sedia menadah telinganya. Bab gosip mesti nombor satulah.

“Bukan kena kacau Zack. Kena makan penampar lagi. Kau tengok pipi kiri aku ni. Perit gilerlah kena penampar. Boleh tahan juga tamparan perempuan tu. Boleh jadi juara tau kalau main bola tampar. Silap hari bulan, bola tu yang pecah”, seloroh Fiq lalu bersatu tawa dengan Zack.

“Dasyatlah minah tu. Kau buat apa lepas dia tampar? Tak balas ke?”

Fiq menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali. “Ishk, mana boleh berkasar dengan perempuan. Tapi, kesian gak aku kat minah tu. Sampai menangis dia aku kerjakan. Kau rasa, patut tak aku minta maaf?” Suara Fiq mengendur. Rasa bersalah begitu menghimpit hatinya. Memang kenalah dengan ‘hadiah’ dari Syura.

Zack mengangkat bahu. “Entah. Kalau betul kau salah, pergilah minta maaf”, balas Zack memberi kata putus.

“Hmm…tapi, aku tak tahu dia kerja kat mana, nama siapa. Memang aku tak tahu. Memang aku perasan yang aku langgar dia. Salah aku juga tak minta maaf. Tapi, dia pun salah gak. Main tengking-tengking pula” Fiq tetap menyatakan dia tidak bersalah. Mana ada orang mengaku salah sendiri!

Zack sudah ketawa kecil. “Kau ni, nak gak menang. Senang macam ni je. Dua-dua salah. Habis cerita. Kau minta maaf, dia pun kena minta maaf. Baru adil dan saksama”

Fiq mengangkat keningnya. Dia memikir-mikirkan baik betulnya cadangan yang di berikan oleh sahabatnya.

“Okey, aku pergi dulu. Kau tolong handle meeting dengan client nanti”, balas Fiq bingkas bangun. Terus tangannya mencapai kot.

Zack tercengang. “Kan kau tak tahu tempat kerja dia. Macam mana kau nak…” Zack tidak meneruskan kata-kata lagi apabila Fiq sudah mengangkat tangan.

“Aku carilah nanti. Bye”, tukas Fiq terus berlalu.

Zack hanya mampu menggeleng kepala saja. Pening-pening…

*****

“Kau kenapa Syu? Dengan muka merah macam ni? Kau tak sihat ke?”

Syura terus menghempas tubuhnya di atas sofa. Nafasnya terus di lepas perlahan-lahan.

“Awalnya kau balik. Kenapa?”, soal Zati tanpa henti.

Syura mengeluh. Geram pula dengan soalan Zati yang bertubi-tubi. Sudah seperti machine gun yang meluahkan pelurunya berdas-das tembakan.

“Kau kenapa?”, soal Zati tidak langsung memahami Syura.

“Kenapa apa?”, soal Syura geram.

“Eh, aku tanya, kau tak jawab. Dah tu, nak marah-marah pula” Zati mula mencebik. Geram pula dengan perangai Syura. Apa gunanya dia sebagai seorang kawan? Mestilah kena ambil tahu! Tapi, janganlah melebih-lebih pula ambil berat. Mana taknya buaya tak marah. Opss, bukan buayalah. Tapi, si Syura tu…

“Aku kena buang kerjalah. Tu pasal aku balik awal”, balas Syura monyok saja wajahnya. Terbayang wajah mamat jahat di ruang matanya. Sampai mati pun dia takkan lupa seraut wajah lelaki yang sudah makan penampar sulungnya pagi tadi.

“Marah betul aku tengok kau ni” Zati sudah mula cuak. Takut pula lihat muka Syura yang macam hantu raya jadinya. Jap, aku pernah tengok hantu raya ke? Zati mula bersoal sendirian. Mukanya berkerut-kerut memikirkan betul atau tak soalannya.

“Mana tak marah. Aku geram betul dengan mamat tu. Kau tahu tak, pasal dia habis cupcake rosak. Apa lagi, marahlah tauke kedai tu. Automatik aku kena pecat. ‘you’re fired’. Aku pun angkat kaki la”, balas Syura siap dengan gaya bos lagi sewaktu menyebut ‘you’re fired’. Dia mengeluh panjang. entah berapa kali dia mengeluh pun tak tahu.

Zati yang mendengar hanya mampu menggeleng kepala berkali-kali. “Ishk, teruknya mamat tu. Kau ada minta ganti rugi tak?”

Syura mengangguk. Bukan ganti rugi yang dapat. Kena bahan orang gila adalah. Tak suka, tak suka, tak suka!

“Dah tu, dia ganti tak? Berapa wei? Ada tak dalam ribu-ribu ke?”, soal Zati yang sudah teruja mendengar ganti rugi.

“Amboi, amboi….kau kalau bab duit, memang macam toyol”

“Woi, agak-agaklah nak panggil aku toyol pun”, marah Zati sudah muncung mulutnya.

Syura terus ketawa. “Aku gurau sajalah. Aku ni, lagi teruk kena dengan mamat tu. Siap kena bahan orang gila lagi beb. Kau tak tahu betapa hancurnya hatiku…hehehehe” Syura sudah ketawa kecil. Yela, takkan nak nangis pula. Tawa dalam tangisan. Macam tajuk lagu pula eak.

Membulat mata Zati mendengar penjelasan dari sahabatnya. Dia tahu Syura tengah bersedih. Biarpun luaran Syura ketawa, tapi, dalam hatinya sentiasa bertemankan kesedihan. Dia kenal Syura dari kecil lagi. Sudahlah kehilangan ayah masa umurnya 2 tahun. Paling menyayatkan hati, kehilangan ibu masa dia berusia 12 tahun. Kesian Syura.

“Woi, kau termenung tu kenapa?”, sergah Syura dengan suara yang lantang.

Zati tersentak. Dia tersengih saja. Tiba-tiba, akalnya teringatkan sesuatu. “Hah, kau dah berhenti secara terhormatlah ni?”

“Kenapa? Kau tak percaya ke? Kau ingat aku main-main ke?” Syura mula melemparkan ketidak puasan. Tak payahlah nak ejek aku!

“Kau jangan fikir aku nak ejek pulak. Aku Cuma nak beritahu kat kau. Mak Su aku nak sewakan kedai pada orang yang berminat. Kau nak tak? Kalau nak, aku boleh uruskan”

Mata Syura seakan-akan bercahaya. Seperti permata yang berkilauan di simbah cahaya. “Betul ke? Tapi, aku macam tak cukup duitlah. Kau tahukan, aku ni baru mula kerja dalam 2 bulan. Tapi, dah kena pecat. Mana aku nak bayar sewa lagi. Nak bayar sewa rumah lagi”, jelas Syura lalu menundukkan wajah ke lantai.

Zati tersenyum. “Kau jangan risau. Aku boleh tolong kau”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi”, potong Zati pantas memegang erat jari jemari Syura.

“Kau dah banyak tolong aku. Famili kau pun banyak tolong aku. Aku serba salah sangat”, tutur Syura dengan suara yang kendur.

“Famili aku, famili kau jugak. Dah, jangan fikir lagi. Tapi, kau ni aku tengok ada ijazah dalam bidang undang-undang. Tapi, kenapa kau tak cuba minta kerja berdasarkan bidang yang kau belajar?”, soal Zati agak hairan.

Syura mengangkat bahu. “Entahlah. Aku minat sangat cupcake. Bagi aku, cupcake sangat comel. Aku taklah gila sangat nak makan. Aku suka kecomelan dia je sebenarnya. Kalau aku bukak kedai nanti, aku nak buat cupcake yang comel-comel. Target aku, kanak-kanak dan pasangan yang hangat bercinta. Janji, cupcake aku comel-comel” Penuh kesungguhan Syura berkata-kata.

Zati ketawa kecil. Begitu tinggi impian kawannya itu. Minat sangat yang comel-comel. Memang sesuai dengan Syura. Wajah kawannya juga comel juga. Kecil molek saja orangnya dan periang.
“Oit, kau termenung apa tu?”, sergah Syura menepuk paha Zati.

“Erk, tak ada apa-apa. Eh, kau dah makan? Aku tak makan lagi”

“Kau tak kerja ke Zati?”, soal Syura dengan dahi yang mula berkerut.

“Eh, aku bila-bila pun tak apa. Biasalah, akukan bos kat farmasi tu”, ujarnya penuh lagak.

Cis, nyampah. Gumam Syura dalam hati. “Eleh, kau pun sama. Ambil undang-undang. Tapi, bukak farmasi” Syura memulangkan paku buah keras.

Zati ketawa besar. “Kau ni, aku pula yang terkena. Sumbat remote kat mulut kau baru tahu. Dah, jom pergi makan. Nanti, meletup pula perut aku kalau tak makan”, bebel Zati mula dengan muncung di mulutnya.

Syura mengangkat kening. Lambat-lambat tawanya bersatu juga dengan Zati. Macam-macam!


2

“WAH, MAJU betul kedai kau sekarang?”

Syura sudah tersenyum manis. “Terima kasih Zati. Tanpa pertolongan kau, tak berasalah aku nak bukak kedai cupcake”, ucap Syura betul-betul berterima kasih pada Zati dan tidak lupa juga bersyukur pada Allah.

“Alah, hal kecil je. comel-comellah cupcake kau ni. Aku suka sangat yang ni” Zati menunjukkan jari telunjuk ke arah cupcake yang comel. Sangat sesuai untuk orang couple ataupun untuk persahabatan.

“Kau nak? Aku hadiahkan untuk kau”, ujar Syura lalu mengeluarkan cupcake tersebut.

“Betul ke? Wah, bestnya aku” Zati sudah bersorak riang. Mengalahkan kanak-kanak kecil pula.

“Yelah. Aku ikhlas tau. Sebagai tanda persahabatan kita. Tapi, kalau kau nak yang lain okey je. Kalau nak lagi satu, kena belilah. Kau tak nak hadiahkan untuk Zarif ke?”

Zati mencebik. “Malaslah. Dia tu, asyik sibuk dengan kerja je. Bosan tahu tak. Eh, aku dah lewat ni. Aku ada hal sikit” Zati mula tergesa-gesa mencapai beg tangannya.

“Okey, jumpa malam ni”

Zati mengangguk lalu melambai tangan sewaktu hendak keluar dari kedai itu. Syura sudah menggeleng-geleng kepalanya. Kepoh benar lagaknya si Zati. Sampaikan cupcake yang di beri pun Zati tak ambil. Syura mengeluh. Tak apa, simpan je. Malam nanti, aku bagi kat dia. Desis hati kecilnya.

“Kat sini papa. Cepatlah”

Syura mengalihkan pandangan ke arah muka pintu kedainya.

“Sinilah papa. Jalan lambatlah papa ni. Macam kura-kuralah”, marah si kecil dengan mencekak pinggang.

Syura yang tidak tahan, terus ketawa. Baru kecil dah pandai mengenakan papanya? Biar betul budak ni? Dia merenung ke arah budak perempuan itu.

“Ye, papa datanglah ni”

Syura memanjangkan sedikit lehernya. Hajat di hati untuk melihat siapa gerangan lelaki itu. Namun, terlindung di sebalik pintu.

“Eii, lambatlah papa ni”, marah si kecil lagi.

“Okey, jom kita masuk”, tutur si lelaki yang bergelar papa kepada budak perempuan.

Syura tersentak sebaik saja melihat gerangan itu. Hah? Dia lagi? Bala apa pula yang datang ni?

Fiq yang baru saja melangkah masuk terus tergamam. Terkebil-kebil matanya memandang Syura di kaunter. Perempuan ni? Yes, akhirnya aku jumpa juga!

“Papa, kenapa tercegat lagi kat sini?”

Syura tersentak. Begitu juga dengan Fiq.

“Jom sayang. Asha nak cupcake yang mana?”, soal Fiq agak gugup. Matanya tidak lepas memandang wajah Syura. Ingatannya terhadap kejadian ‘itu’ kembali terlayar di mindanya. Seolah-olah masih terasa lagi tamparan di pipinya.

“Tu. Nak yang tu”, ujar si kecil lalu menunjuk ke arah cupcake yang berwarna coklat.

“Okey. Cik, bagi yang ni satu”, ujar Fiq memaksa untuk tersenyum.

Syura mengangguk dan cuba tersenyum juga.

“Erk, bukan yang ni cik. Yang tu” Fiq menunjukkan cupcake yang di ingini oleh anaknya.

“Oh, maaf…” Syura sudah malu sendiri. Tangannya pantas mengeluarkan cupcake yang sebenarnya. Macam mana boleh jadi macam ni? Aduh, malunya!

“Papa, nak lagi satu boleh?” Asha meminta lagi.

Fiq sudah menggaru-garu kepalanya. “nanti gigi Asha rosak siapa susah? Satu cukup eak”

“Ala, nanti Asha gunalah colgate. Mengekalkan gigi kuat dan sihat”, tukas Asha menarik-narik seluar jeans Fiq.

Syura sudah ketawa kecil. Lucu betul si Asha ni. Kalaulah aku ada anak macam ni kan bagus. Eh, cop-cop! Lelaki ni kan musuh aku. Macam mana aku boleh gugup pula bila jumpa dia?

Fiq tersenyum dalam hati tatkala mendengar tawa kecil dari mulut Syura.

“Bolehkan papa” Asha berusaha meminta dengan muka yang di monyokkan.

Syura menggeleng-geleng kepalanya. “Tak apa encik. Saya belanja Asha cupcake lagi satu”, celah Syura bermurah hatilah pula.

“Eh, tak apa. Saya bayar” Pantas Fiq menolak pemberian Syura.

“Papa ni, nenek cakap, kalau ada orang bagi, ambillah. Rezeki tau”, petah Asha sudah di sambut tawa oleh Fiq.

Syura turut ketawa. “Tak apa, saya belanja”, ujar Syura penuh ikhlas.

Belum sempat Fiq membalas, telefon bimbitnya berbunyi. “Kejap eak. Papa jawab phone kejap” Fiq melangkah beberapa tapak ke belakang.

Syura hanya mengangkat bahu. Dia memandang Asha yang begitu khusyuk sekali melihat cupcake dengan mata yang bersinar-sinar. Syura mendekati Asha yang sedang asyik itu.

“Hai, suka cupcake?”, soal Syura sudah duduk mencangkung. Ketinggiannya sudah sama seperti ketinggian Asha.

“Hai kakak. Suka. Tapi, papa tak bagi makan sangat. Nanti gigi rosak katanya. Betul ke?”

Syura ketawa kecil. “Pandainya adik ni cakap. Betul juga. Mana boleh makan benda-benda manis sangat”

“Tapi, kenapa akak buka kedai cupcake? Kan cupcake tu manis”

Erk…aku pula yang terkena.

“Sorry, nenek call tadi” Fiq datang lalu mengangkat tubuh si kecil itu.

Syura turut berdiri. “Saya dah siap bungkuskan. Yang ni, saya hadiahkan kat si comel ni”

“Eh…”

“Tak apa. Saya belanja”, potong Syura laju.

Fiq diam. Tidak tahu kenapa lidahnya seolah-olah keras sangat dan mulutnya seperti di gam pula. Hanya halkumnya saja yang bergerak-gerak. Matanya tidak lepas memandang wajah ayu milik Syura. Hatinya seolah-olah terpaut pada Syura.

“Eii, papa ni. Kakak tu penat hulur lama-lama. Cepatlah ambil”

Fiq tersentak. Ishk, anak aku ni. Asyik-asyik aku je yang terkena.

Syura melepas tawanya untuk kesekian kalinya. Macam nak terburai isi perut kerana asyik ketawa saja.

“Sebelum saya lupa, saya nak buat tempahan boleh?” Fiq terus-terusan memandang Syura.

Hanya anggukan saja Syura membalas pertanyaan Fiq.

“Saya nak buat tempahan cupcake untuk majlis hari lahir”

“Berapa anggaran orang yang akan datang?”, soal Syura sudah kembali ke kaunter lalu mengeluarkan sebuah nota untuk mencatat.

“Hmm, tak comfirm lagi berapa orang”

“Oh, kalau macam tu, ini kad saya. Kalau dah comfirm nanti, beritahu ye” Syura menghulurkan sekeping kad.

Fiq mengangguk. Belum sempat dia menyambut, Asha terlebih dahulu menyambut kad tersebut.
“Nanti papa lambat ambil”, celah Asha pantas.

Fiq menggeleng berkali-kali. “Maaflah, anak saya memang macam ni. Nanti apa-apa hal, saya contact awak”

Syura mengangguk.

“Awak, maaf pasal kejadian tu” Fiq sempat mengucapkan maaf sebelum keluar dari kedainya.

Syura terdiam. Dia pun tidak tahu bagaimana hendak membalas. Lalu, di biarkan saja Fiq pergi bersama maafnya. Syura mengeluh.

“Muka dah handsome. Tapi sayang, suami orang rupanya” Dia bercakap sendirian. Ayatnya seolah-olah kecewa saja…

*****

Fiq memerhati bintang yang bertebaran di dada langit. Malam yang sungguh mendamaikan sekali. Sesekali bayu malam menyapa lembut wajahnya. Sesekali juga dia memejam matanya untuk seketika waktu. Wajah comel milik Syura muncul dalam ruang matanya. Dia membuka mata semula. Bibirnya menguntum senyuman lebar.

“Papa”

Fiq mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggilnya. “Eh anak papa. Comelnya dia. Meh sini”, panggil Fiq.

Asha berlari ke arah papanya. Dan tubuh kecilnya dalam sekelip mata sudah di dukung oleh papanya.
“Comel anak papa malam ni. Siap dengan gaun tidur lagi. Gigi dah gosok?”

Asha mengangguk dan membuka mulut. Dia menanyangkan gigi yang putih itu. “Sedap tau papa cupcake kakak tu”

“Ye? Papa tak rasa pun” Fiq sudah ketawa kecil. Dia kembali menghadap langit. Asha dalam dukungannya turut memandang langit.

“Papa”, panggil Asha.

“Ye sayang” Pipi gebu Asha di cium bertalu-talu.

Asha ketawa kecil. “Kenapa papa suka pandang langit?”

Fiq tersenyum kecil. “Saja. Kenapa, tak boleh?”

Asha melentokkan kepala di bahu Fiq.

“Kita masuk ye sayang. Dah malam sangat ni. Esok, Asha kena pergi sekolah”, ujar Fiq menepuk-nepuk belakang badan Asha.

Dia terus meninggalkan balkoni lalu melangkah untuk masuk ke dalam kamar. Sebaik saja pintu gelongsor ditutup, kakinya mengatur untuk ke arah katil. Penuh berhati-hati tubuh si kecil itu dibaring dan diselimut. Sempat lagi dia mengucup dahi Asha.

“Maafkan papa sebab tak dapat berikan mama yang baik untuk Asha”, bisik fiq perlahan. Dia mengeluh. Rasa menyesal sangat dia berkahwin muda. Umurnya dalam 20an, sudah memegang status sebagai suami. Dan tidak lama selepas itu, dia memegang status sebagai suami dan juga ayah. Semuanya berlaku begitu pantas sekali. Ingatkan dia akan bahagia bersama orang yang tersayang. Tapi, begini jadinya.

Untuk kesekian kalinya, Fiq mengeluh lagi…


3

RUMAH YANG begitu gah itu di penuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir. Syura yang ingin saja pulang ke rumah di tahan oleh Puan Rosimah. Tidak manis pula menolak permintaan tuan rumah. Alang-alang dia sudah menghantar cupcake, apa salahnya kalau dia turut serta dalam majlis hari jadi Asha.

“Laku sungguh cupcake awak”

Syura yang sedang minum hampir tersembur jadinya. Dia hanya tersenyum kecil. Nanti di katakan sombong pula.

“Tak nak makan ke?”, soal Fiq penuh lembut.

Aduh laki ni, kenapalah kau nak goda aku pulak? Mampus kalau bini kau tahu.

“Awak okey tak?”, soal Fiq lagi.

“Hah? Okey, okey…awak yang buat saya tak okey”, balas Syura dengan ayat yang terakhir itu begitu perlahan sekali- seperti bercakap dengan dirinya saja.

“Apa awak cakap?”, soal Fiq ingin tahu ayat yang terakhir.

Hah? Syura terkejut.

“Lawaklah awak ni”, ujar Fiq lalu ketawa.

Syura mati kutu. Macamlah kepalanya ada kutu! Ishk, pelik-peliklah.

“Jom pergi sana. Saya kenalkan awak dengan saudara mara saya”

“Eh, tak apa. Saya suka kat sini. Tenang. Lagipun, kat dalam terlalu sesak sangat” Syura menolaknya dengan penuh sopan. Dia merenung kolam dengan tenang. Kalaulah rumah sewanya mempunyai kolam seperti ini, sudah lama dia berenang. Alahai…berkhayal je lebih si Syura ni!

“Awak mengelamun lagi?”

Lamunan Syura berkecai. “Eh, taklah. Mana ada saya mengelamun”, dalih Syura mengangkat bahu. Kepalanya mendongak ke langit seolah-olah sedang mengira bintang. Pada hal, dia sudah malu sangat-sangat.

“Ohh,di sini rupanya awak. nak menggatal dengan perempuan lain pula!”, jerkah seorang perempuan yang tiba-tiba saja datang ke arah mereka.

Syura pantas menoleh memandang ke arah suara itu. Mak oi…bini raksasa dah datanglah. Mati aku!

“Patutlah saya ajak jumpa awak tak nak. Rupa-rupanya, dah ada orang lain. Hoi perempuan, muka tak tahu malu!”, jerit perempuan itu lantang. Dengan penuh geram, dia menolak tubuh Syura.

Eh…bushhhhh!!

Mata Fiq membutang. Dengan penuh geram dia memandang tajam ke arah Zanita. “You memang dah melampau. Apa lagi yang you nak?”

Syura yang jatuh di dalam kolam terus mencapai tangan Fiq untuk naik semula ke daratan.

“Awak okey?”, soal Fiq risau.

“Saya nak balik”, tukas Syura terus berdiri. Dia tidak menghiraukan lagi keadaannya yang basah kuyup. Yang dia tahu, dia mahu lari dari tempat itu. Malu pun ada.

“Syura…”, panggil Fiq kuat. Dia hendak mengejar langkah Syura. Namun, di halang oleh Zanita. Ya, bekas isterinya!

“Yang you sibuk-sibuk nak kejar dia kenapa?”, soal Zanita dengan nada yang sombong.

“Yang you datang majlis ni kenapa? Apa lagi yang you nak?”

“Hei, majlis ni pun anak I jugak. You tak berhak nak halang I”

“I tak pernah halang you. Kenapa you zalim sangat buat macam tu kat dia? Apa salah dia kat you? Kenapa you tak suka tengok I bahagia?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Fiq. Matanya sudah merah menyala.

Zanita mencebik. “You tanya apa salah you. I bukan tak suka tengok you bahagia. Memang I suka sangat. I call nak jumpa Asha, selalu tak boleh. Kenapa? Apa yang you hasutkan dalam kepala anak I? Sampaikan I mama kandung dia tak dapat melawat anak sendiri?” Zanita membalas dengan pertanyaan. Kiranya sudah jadi debat perdanalah pula antara dia dan bekas suaminya.

“Bila masa I tak bagi you jumpa Asha? Cuba cakap kat I. Tak cukup ke Asha jumpa you? Kenapa, you nak suruh Pak Man bawa Asha jumpa you hari-hari ke?” Fiq sudah menggenggam erat jari jemarinya. Kalau di depannya adalah lelaki, sudah lama dia memberi penumbuk sulungnya.

Zanita ketawa sinis. “You tak payah nak berlagak sangat. Kalau betul you suruh Pak Man, kenapa dah sebulan lebih I tak jumpa Asha?”

Wajah Fiq sudah berkerut. Seribu persoalan mula bermain di mindanya.

“Saya yang tak bagi Asha jumpa mamanya”, celah Puan Rosimah yang entah bila muncul.
Fiq tersentak. Begitu juga dengan Zanita.

“Mama?” Fiq sudah bingung.

“Ye mama. Kenapa? Nak marah mama?”

Fiq mengeluh. Dia meraup mukanya berkali-kali. “Kenapa mama buat macam tu? Mama tak kesian ke kat Asha?”

“Kesian? Mana perginya tanggungjawab Zanita sebagai seorang ibu? Lepas Asha lahir, ada dia pedulikan Asha. Yang tahu, hanya perkataan cerai saja meniti di bibir. Setitis susu pun dia tak beri pada anak sendiri. Mama tak nak Asha jumpa mamanya langsung” Puan Rosimah mula beremosi. Air matanya sudah menitis.

Zanita tertunduk. “Maafkan saya puan. Memang saya yang bersalah. Saya mama yang kejam pada anak sendiri. Memang saya berkahwin bukan atas dasar cinta. Walaupun Fiq menyintai saya, namun, hati saya tidak langsung menyintai dia. Saya kahwin sebab terpaksa. Semua saya lakukan demi menjaga hati kedua-dua orang tua saya. Maafkan saya sangat-sangat” Zanita turut menyeka air mata yang mengalir di pipinya.

“Mama…”

Zanita tersentak. Dia terus memalingkan wajah ke arah Asha yang sedang berlari mendapatkannya. Dengan pantas tubuh kecil itu di dakap dan cium penuh kasih sayang dan rindu.

“Selamat hari jadi sayang”, ucap Zanita menahan esakannya.

Asha menyeka air mata di pipi Zanita. “Mana Uncle Syam?”

Zanita tersenyum. Tidak langsung dia menjawab pertanyaan Asha. Sebaliknya, dia terus memeluk Asha seerat yang mungkin.

“Asha sayang mama?”, soal Puan Rosimah ynag sudah menghampiri Asha dan bekas menantunya.
Asha mengangguk.

“Asha nak tak kalau mama dengan papa berbaik semula?”, soal Puan Rosimah mengusap lembut rambut cucunya.

“Tidak….” Serentak Fiq dan Zanita membantah.

Puan Rosimah diam. Asha memandang wajah mama dan papanya silih berganti. “Asha bukan budak kecil lagi”, tukas Asha berlari mendakap papanya.

“Sayang, papa bukan bermaksud macam tu…”

“Tapi, apa salahnya Asha ada dua orang papa dan dua orang mama? Asha suka Uncle Syam dengan akak yang jual cupcake tu”, sampuk Asha laju.

Fiq dan Zanita saling berpandangan. Masing-masing hanya membisu…

*****

“Kau termenung kenapa?”

Syura diam. Otaknya tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku di rumah Fiq tadi. Malu gilalah dia mengingati kejadian itu.

“Yang kau berselimut bagai ni kenapa?”, soal Zati. Memang tidak mahu putus asa dalam soal-menyoal ni!

“Tak adalah. Impian kedua aku dah tercapai”, balas Syura perlahan.

“Impian? Oi cik kak, aku tanya kau kenapa. Bukan aku tanya apa impian kau” Zati mula panas hati.

“Yela, aku dah dapat berenang dalam kolam” Syura seolah-olah mahu bermain teka-teki dengannya.

Zati menggaru-garu kepalanya. “Aku tak fahamlah. Apa kaitan kolam pula ni? Yang aku tahu, kaua pergi hantar cupcake”

Syura mendengus. Malas pula dia mahu bercerita panjang lebar. “Panjang ceritanya”

“Pendekkan” Zati sudah meniru ayat daripada pelakon Saiful Apek pula.

Syura ketawa kecil. Pandai betul buat lawak! “Aku pergi hantar cupcake. Lepas tu, tuan rumah tu ajak aku join sekali. Aku nak tolak tak sampai hati. Jadi, aku pun joinlah. Sebab kat dalam rimas sangat, aku pun keluarlah lepak kat kolam. Adalah hamba Allah ni. Dia ni lelaki tapi, dah kahwin. Aku borak macam biasa. Tiba-tiba je, tak ada angin dengan ribut, bini dia datang marah-marah. Apa lagi, terus di tolaknya aku ke dalam kolam. Itulah aku cakap tadi, impian ketiga aku nak mandi kat kolam renang dah tercapai. Memalukan betul”, terang Syura dengan penuh perasaan.

Zati sudah terguling-guling mendengar cerita Syura. Senak perutnya mentertawakan kawan baiknya sendiri.

“Oi, kau agak-agaklah kalau nak gelak pun. Aku sepak kang”, marah Syura menunjuk kakinya.
Opss, mak cik ni dah naik hantu!!


4

“BUKAN KATAK atau biawak,
assalammualaikun awak”

Ucap Fiq yang sudah menegur Syura dengan pantunnya.

Syura yang sedang membelek novel terus memandang ke arah suara yang memberi salam. Hanya sengihan saja yang meniti di bibir Fiq. Nyampah!

“Sebelum makan baca doa,
Tak jawab salam berdosa”

Fiq cuba berpantun lagi. Dia akan berusaha untuk meraih hati Syura.

“Aku tahulah hukum hakam,
Hmmm, waalaikummussalam”

Balas Syura dengan penuh kerek. Dia terus mengalihkan pandangan ke arah rak buku. Tidak berminat nak berbalah dengan Fiq.

“Main sarang tebuan kena sengat,
Janganlah sombong sangat”

Fiq berpantun lagi. Dalam hati bukan main gembira lagi apabila Syura menjawab salamnya. Macam nak nyanyi pula ‘Lagu Gembira’.

“Anak hindu kena lelah,
Hei mamat jangan kacaulah”

Marah Syura sudah mencekak pinggang. Hilang mood nak membeli novel. Kacaulah dia ni. Pergilah main jauh-jauh.

Fiq yang mendengar terus ketawa kecil. Kelakarlah main balas pantun. Ternyata Syura tidak mahu kalah dengannya. Dasyatnya minah ni.

“Masak dodol kena kacau,
Sape lagi saya nak kacau?”

Fiq sudah mengangkat kening. Ingat aku ni tak pandai pantun ke? Ini Mohd Fiqri Hafiz lah. Jaguh nombor satu dalam pertandingan lawan pantun masa zaman sekolah menengah lagi. Cewah, puji sendiri nampak!

Syura mencebik. Nak main pantun-pantun pulak mamat ni. keringlah idea aku kalau macam ni.

“budak kecil main di taman,
pergilah kacau beruk di hutan”

Bidas Syura terus melangkah keluar dari kedai buku popular. Namun, Fiq tetap mengekorinya juga. Ishk, laki ni……tak boleh jadi kalau macam ni. Nak buka larian pecut ke? Dahlah aku terlebih baik pula hari ni. Pakai baju kurung pula. Almaklumlah hari jumaat!

“Speaking english boleh belajar,
Sejauh mana awak lari saya kejar”

Balas Fiq mengikut langkah Syura yang makin laju itu.

Syura menghentikan langkahnya. Dia terus memandang Fiq dengan pandangan tajam. Kalaulah dia mempunyai tenaga seperti lelaki, dah lama agaknya Fiq makan penumbuk sulungnya.

“Nak cakap salah, tak cakap pun salah,
Maaflah kalau buat awak marah”

Suara Fiq begitu sayu sekali. Dia berharap sangat Syura akan maafkannya.

Syura diam. tidak berkutik langsung. Lambat-lambat dia membalas,

“Semua manusia perlu makan,
Dah lama saya maafkan”

Fiq yang mendengar terus tersenyum. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia dah maafkan aku? Yahooooo!!! “terima kasih awak”

“Hmm, sama-sama. Saya balik dulu”, tukas Syura pantas. Malas mahu melayani Fiq lagi. sudahlah otaknya penat nak berbalas pantun. Kalau di ajak berbual lagi, memang matilah jawabnya. Mana taknya, penat berfikir. Bukankah berfikir menggunakan otak? Hehehehehe….

“Awak free tak? Saya belanja awak makan. Nak?” Fiq berharap sangat Syura akan menerima permintaannya.

Syura mengangkat kening. Makanlah pulak. Ni yang aku malas ni. cukuplah kalau aku dah maafkan.
“Saya penatlah hari ni. Nak balik dulu”, balas Syura dengan lembut menolak. Dah pandai berlembut sekarang? Eh, mana ada. Kenalah tolak dengan lembut. Kan budi bahasa budaya kita. Hmmm?

“Hari lain tak boleh ke?”, soal Fiq mencuba nasib lagi.

Syura sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Eh, macam mana eak? Ah, belasah je la…

“Pergi pasar beli tapai,
Just nak cakap babai”

Ujar Syura siap berpantun lagi. Dia terus meninggalkan Fiq yang terpinga-pinga. Larilah, tunggu apa lagi Syura! Dengan langkah yang besar, Syura terus berlari. Bedal je la. Akukan menang dalam acara larian pecut. Baju kurung pun, kurunglah. Janji mamat tu tak kejar aku! Gumam Syura yang sudah berlari tanpa menghiraukan orang ramai yang memandangnya. Lantaklah!

Fiq tercengang. Biar betul minah ni? Lajunya dia lari. Mak oiii, kalau tersungkur buat malu je. Sudahlah pakai baju kurung. Tapi, lawaklah pula. Comel pun ada juga si Syura ni. Fiq ketawa dalam hati.

*****

“Sssalammualaikum awak”

“Hmm, ada apa datang sini?”, soal Syura malas melayan.

“Budak-budak lari berkejaran,
Saya ni kan pelanggan”

Fiq tidak habis-habis dengan pantunnya.

“Kalau pelanggan belilah. Jangan main mata pulak”, sindir Syura perlahan.

“Suka sangat buat lawak,
Sedapnya bahasa awak”

Fiq ketawa kecil. Lantaklah, kalau pantunya tunggang langgang pun. Janji Syura tak marahkannya lagi.

“Yang nak berpantun-pantun dengan saya kenapa? Dahlah, pergi balik. Nanti bini awak serang saya pulak”

“Bila saya ada bini?”

Eh laki ni…buang tabiat ke apa? Habis tu, yang serang aku semalam tu siapa? Yang budak kecil panggil dia tu siapa? Memang gilalah laki ni.

“Ssya betul-betul minta maaf. Memang saya dah kahwin. Tapi…”

“Maaf eak. Kedai dah nak tutup. Sila keluar sekarang”, potong Syura malas mahu mendengar penjelasan Fiq.

“Awak, dengar dulu saya nak cakap” Fiq cuba menahan Syura.

“Saya penatlah. Awak ni buat saya rimas sangat. Tak cukup dengan satu”, marah Syura sudah meninggikan suara.

“Awak…”

“Saya nak balik”, tukas Syura terus keluar dari kedainya. “awak pun keluarlah. Takkan nak duduk kat dalam tu kot” Sinis sekali nadanya.

Fiq terdiam. Runtuh segala kekuatannya untuk meluahkan segala-galanya.


5

“JOMLAH CEPAT”

“Pergi mana?”

“Eh, aku ajak kau datang sini sebab nak bercuti. Bukan nak suruh kau layan perasaan”

“Nak pergi mana? Dah tengah malam ni. Lagipun, sejuk kat luar tu”

“Jomlah. Lepak kat pantai”, ajak Zati penuh berkobar-kobar.

“Ei, kau ni. Yela, bagi aku tukar baju” Syura mengalah juga akhirnya.

Tidak sampai beberapa minit, dia siap dengan t shirt lengan panjang dan seluar jeans. Memikirkan angin malam yang sangat sejuk, membuatkan dia mahu berehat saja. Bukan berehat sebenarnya, dia tidak lepas dari memikirkan Fiq. Lelaki itu sentiasa datang ke kedainya dan merayu simpati. Sudahlah dia lemah dalam bab rayu-merayu ni. Akhirnya, dia bercadang untuk bercuti. Berharap pulang dari Pangkor, lelaki itu tidak akan mencarinya lagi.

“Kau boleh jalan perlahan tak? Kata nak lepak-lepak. Ni macam nak joging pun ada”, marah Syura mencekak pinggang.

“Ala, kau ni Syu, suka berleter macam mak nenek”

“Weh, kalau aku tahu macam ni, tak mahu aku keluar. Dah la sejuk. Kau…” Kata-katanya termati di situ saja apabila terdengar petikan gitar di belakangnya. Syura terkaku. Terus termati langkahnya. Berdiri terus bulu romanya. Nasib baik tak gugur!

Makin lama, makin dekat bunyi gitar itu di belakangnya.

entah mengapa ku rasa tak menentu
semenjak aku mengenali dirimu sayang
terbayang-bayang wajahmu dimataku
hingga tersentuh rasa indah dikalbu
apakah ertinya..

aku tak tahu mengapa aku rindu
inginku curah tetapi rasa malu
cubalah engkau mengerti isi hatiku
didalam diam aku mencintai mu..

kuharap kau faham perasaanku
yang kini dilamun rindu padamu
sesungguhnya aku telah jatuh cinta..
oh indahnya bila bersamamu….

moga engkau dapat terima
cintaku dengan ikhlasnya
janganlah engkau sia-siakan
harapan dan impian ku..
Dalam diam ku mencintaimu…

“Saya tak pandai nak bermadah awak. Tapi, apa yang saya nyanyikan tadi semuanya berkaitan hati saya. Awak…”

Syura yang diam kini mengalami debaran di dada. Seperti debaran ‘sehati berdansa’ lah pulak. Pipinya mula merah. Seperti blusher jadinya. Hilang sudah Zati. Kini, dia berpijak di bumi yang nyata!

“Untuk awak”

Syura menyambut bungkusan kotak dengan penuh tanda tanya. “boleh saya buka?”, pinta Syura tenang. Tenanglah sangat. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.

“Bukalah. Khas buat awak”, balas Fiq dengan senyuman.

Wah, kacaknya dia. Pujinya dalam diam. Dengan perlahan dia membuka bungkusan tersebut. Cupcake?

“Saya buat sendiri tau”, ujar Fiq dengan senyuman lebar.

Ya, memang comel cupcake ni. “Tapi…”

“Saya cintakan awak”, ucap Fiq mengumpul kekuatan untuk menuturkan kalimah bermakna sekali.

“Isteri awak?”

Fiq tersenyum kecil. “Saya dah lama bercerai. Awak, seperti yang saya nyanyikan tadi, dalam diam saya mula sukakan awak. Syu, saya ikhlas dengan awak”, ucap Fiq merenung wajah Syura yang makin merah pipinya.

“Kita tak sama Fiq. Saya ni, tak macam awak fikirkan. Saya tak ada famili…”

“Kami kan ada. Kami ni kan keluarga Syu juga”, celah satu suara yang amat di kenali Syura.
Puan Rosimah?

Zati?

Asha?

Syura macam mahu pitam. Aku terkena? Ya Allah, malu gila!


6

“TERIMA KASIH abang” Syura memandang wajah kacak Fiq. Memang kacak pun!

“Kenapa perlu berterima kasih?”

“Sebab sempurnakan hidup Syura” Syura membalas senyuman suaminya.

“Terima kasih juga sebab membalas cinta abang” Fiq meraih tubuh Syura ke dalam dakapannya.

“kalau orang tua Syura ada, pasti mereka gembira” Syura sayu sekali. Dia teringatkan kedua-dua orang tuanya.

Fiq mengeratkan pelukannya. “abang cintakan sayang. Abang janji, abang akan sentiasa di sisi sayang. Nanti kita melawat kubur arwah ye”

Syura mengangguk.

“Sayang”, panggil Fiq penuh romantis.

“Hmm”

“Boleh tak kita ubah nama kedai sayang”

Syura merenggangkan pelukan. “Kenapa, abang ada cadangan ke?”

Fiq tersenyum penuh makna. “Abang macam terbayangkan nama kedai, ‘Cinta Cupcake’. Mesti comelkan?”

Syura ketawa kecil.

“Betul. Abang betul-betul nak nama tu. Tanda cinta kita berdua. Lagi pun, abang dah beli kedai yang sesuai untuk sayang meluaskan cupcake yang comel-comel tu”

Syura bagaikan tidak percaya. Dia mencari sinar keikhlasan pada sepasang mata Fiq.

“Betul, abang tak tipu” Fiq cuba menyakinkan Syura.

“Terima kasih abang”, ucap Syura membenamkan mukanya di dada Fiq.

“Mama, papa”

Syura merenggangkan pelukannya. Dia beralih ke pada Asha yang sedang mengheret patung zirafahnya.

“Asha nak tidur sini. Asha takutlah”

Syura sudah ketawa kecil. Dia segera mendapatkan Asha. Tubuh kecil Asha di dukung. Nampak saja kecil. Semua orang akan menyangka Asha berumur 6 tahun. Pada hal, umur Asha sudah 9 tahun. Patutlah anaknya itu petah bercakap. Asha, Asha…

“Sayang, ingat tau nama kedai tu…”, bisik Fiq sebelum Syura menapak masuk ke dalam bilik.

Syura hanya mengangguk. “Ye, ‘cinta cupcake’. Terima kasih abang”, ucap Syura buat kali terakhir sebelum menemani si kecil comel itu tidur.

Fiq tersenyum kecil. Dia kini, sudah menjadi suami kepada Nur Asyura binti Zulkifli. Dan sayangnya terhadap Syura begitu dalam sekali. Semoga dia kekal bahagia bersama insan-insan yang tersayang. Fiq meninggalkan balkoni lalu menapak masuk ke dalam kamar tidur.

“Tak tidur lagi?”

“Syhh, nanti terjaga pula”

Fiq tersenyum. Dengan perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Syura. “Abang ada pantun tau”

Syura mengangkat kening. “Yeke? Pe pantunnya?”

“Cintaku bukan kayu dan batu,
Cuma nak ucap I love you”

Syura ketawa kecil. “Ishk, tak sedaplah pantun tu. Dengar pantun sayang pulak tau”

“Bila jauh saya rindu
I love you too”

Bisik Syura di telinga Fiq.

Fiq tersenyum lalu mengucup dahi Syura. “Maniskan cinta kita macam cupcake”, bisik Fiq lalu di sambut tawa oleh Syura.

Syura membalas pelukan suaminya. Suami yang amat disayangi sepenuh hati. Kekalkanlah kebahagian kami. Amin….

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)