bab 49 & 50

bab 49

Seperti berjanji pula sepasang suami isteri itu. Tiada kata yang dilemparkan. Hanya pandangan yang sarat dengan rindu sudah cukup menggambarkan pada wajah masing-masing. Tiada sebaris senyuman langsung pada bibir mereka. Tatkala muncul di depan dewan, tangan saling bertaut. Bagaikan lakonan semata-mata.

Sebaik saja kaki melangkah masuk, tepukan gemuruh bergema di segenap ruang dewan itu. Langkah si isteri hanya mengikut langkah si suami. Sebaik saja tiba di tempat duduk, si suami dengan penuh rasa prihatin menarik kerusi buat si isteri. Terbit juga rasa di hati si isteri dengan layanan si suami. Walaupun dia tahu layanan itu hanya untuk menutup pandangan semua orang.

“Nak makan ke?”

“Nanti Ila ambil sendiri”, bisik Aqilah mengukir senyuman palsu.

“Ada jemput Saiful dengan Ana ke?”, soal Haikal perlahan. Tetap segar dengan senyuman di bibirnya.

“Ila ada ajak Ana. Mungkin dia ada ajak Saiful sekali kot”, balas Aqilah tenang.

“Assalammualaikum. Hai”, ucap Suzana yang sudah berdiri di sebelah Aqilah.

“Waalaikumussalam. Thanks sebab datang”, ucap Aqilah Sudah memeluk Suzana.

Sementara itu, Saiful menghampiri Haikal. “Sihat?”, soal Saiful lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Alhamdulillah sihat”, balas Haikal lantas berjabat tangan dengan Saiful.

“Boleh saya duduk kat sini?”, soal Saiful tidak lekang dengan senyuman.

Sure”, balas Haikal membetulkan kolar kemejanya.

Aqilah tetap tenang di sebelah Haikal. Dia hanya melihat Suzana sudah mendapatkan tempat duduk bersebelahan Saiful. 

“Assalammualaikum semua, dan selamat malam”, ucap Rizal yang sukarela menjadi pengacara pada malam ini.

Salamnya dijawab oleh semua staff. Ada juga yang menjerit dan bersiul sakan. Aqilah pula sudah mahu ketawa melihat gelagat-gelagat para tetamu yang hadir. Lampu dewan telah pun dipadam. Hanya lampu pentas saja yang bercahaya menampakkan Rizal.

“Sabar, sabar semua. Sebelum itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Encik Haikal dan Puan Aqilah kerana sudi hadir. Dan juga kepada para tetamu yang turut memeriahkan lagi ulangtahun company kita. Jadi, saya ingin menjemput seseorang yang akan mendendangkan sebuah lagu pada malam ini. Dipersilakan....”

Tepukan kian gemuruh. Kata-kata Rizal terhenti. Seakan-akan memberi kejutan saja lagaknya. Lampu pentas turut dipadam. Keadaan menjadi sunyi sepi. Yang hanya kedengaran adalah petikan gitar.

Hati Aqilah merasa tidak tenteram. Dia cuba meraba tangan pada tempat duduk di sebelahnya. Haikal tiada! Pandangan Aqilah terus jatuh pada gerangan yang berada di atas pentas. Haikal??!!

Tepukan gemuruh mula memenuhi setiap ruangan dewan. Namun, sebaik saja Haikal mula mendendangkan lagu, keadaan kembali menjadi sunyi. Aqilah turut terdiam. Setiap bait yang keluar daripada mulut Haikal, dihayati dengan penuh makna.

So lately, been wondering,
Who will be there to take my place,
When I'm gone you'll need love,
To light the shadows on your face...

If a greater wave shall fall,
And fall upon us all,
Then between the sand and stone,
Could you make it on your own?

If I could, then I would,
I'll go wherever you will go,
Way up high or down low,
I'll go wherever you will go...

And maybe, I'll find out,
A way to make it back someday,
To watch you, to guide you,
Through the darkest of your days...

If a great wave shall fall,
And fall upon us all,
Well then I hope there's someone out there,
Who can bring me back to you...

Run away with my heart,
Run away with my hope,
Run away with my love...

I know now, just quite how,
My life and love might still go on,
In your heart, in your mind,
I'll stay with you for all of time...

If I could turn back time,
I'll go wherever you will go,
If I could make you mine,
I'll go wherever you will go,
I'll go wherever you will go...

Sebaik saja petikan gitar berhenti, tepukan gemuruh mula kedengaran. Siap dengan usikan dan juga siulan daripada para tetamu. Lampu dewan kembali terang. Mata Aqilah terasa hangat kala ini.

“Ila...”, panggil Suzana menyentuh lembut bahu Aqilah.

“Aku nak keluar kejap. Ambil angin”, ujar Aqilah bingkas bangun.

“Terima kasih semua. Saya ada satu perkara penting nak beritahu pada anda semua”, ucap Haikal tenang.

Aqilah tidak jadi melangkah. Dia kembali semula di tempat duduk.

“Ila okey?” Saiful mula bersuara.

Aqilah mengangguk sambil tersenyum.

“Saya akan letak jawatan”, ucap Haikal tenang.

Keadaan dalam dewan mula riuh. Seakan-akan menghalang Haikal daripada meletak jawatan. Aqilah turut terkedu.

“Mungkin ini yang terbaik bagi saya untuk mulakan perniagaan baru. Puan Aqilah akan mengambil alih tempat saya”

Bagaikan satu tamparan hebat pada Aqilah saat ini. Sungguh, dirinya terasa sangat dengan tindakan Haikal.

“Terima kasih atas tunjuk ajar anda semua semasa saya pegang jawatan ni. Saya hargai semua tunjuk ajar anda. Jangan risau, saya yakin, Puan Aqilah mampu mengekalkan prestasi syarikat dengan baik”

Sekali lagi tepukan gemuruh bergema. Aqilah hanya tersenyum hambar tatkala perasan akan mata-mata yang memandangnya.

“Jadi, sekian saja ucapan saya pada malam ini. Assalammualaikum”, ucap Haikal dengan senyuman tenang.

Aqilah pula yang tidak tenang melihat senyuman itu. Dia bingkas bangun lalu mengatur langkah keluar dari dewan. Hatinya terasa sakit sangat. Keadaan dalam dewan yang riuh membuatkan kepalanya bertambah pusing. Aqilah melabuhkan punggung di salah satu kerusi kosong. Angin malam yang menyapa tubuhnya membuatkan fikirannya tenang seketika
           
“Dah tenang?”, sapa satu suara yang amat dikenalinya.

Aqilah tetap diam membatu.

“Tak lapar?”

Angguk tidak, geleng pun tidak. Berdiam lagi bagus daripada bercakap.

“Tahniah” Tangan dihulurkan pada Aqilah.

“Kau suka ke tengok aku macam ni?”, soal Aqilah memuntahkan segala amarahnya.

“Aku ingatkan kau bisu tadi”

Dengusan kecil terkeluar juga.

“Boleh aku duduk sekali?”

“Duduklah. Tak perlu kau nak minta izin”, bidas Aqilah tajam.

Suzana tersenyum kecil.

“Kenapa dia buat aku macam ni?”

“Dia Cuma nak pulangkan hak kau”, jawab Suzana perlahan.

“Itu hak dia. Aku tak ada hak apa pun. Aku cuma nak dia yang jadi ketua. Itu amanah papa pada dia. Kenapa dia buat macam ni? Aku terkilan sangat. Tak ada pun niat aku nak perlekehkan dia”, hambur Aqilah dengan hati yang sakit.

“Sabarlah. Mungkin dia ada impian sendiri. kau dengan dia dah berapa lama tak berbincang? Sampai bila kau dengan Haikal nak bawa haluan masing-masing?”

“Entahlah”, keluh Aqilah mula menongkat dagu.

“Berbincanglah cara elok. Aku dengan Saiful pun dah nak balik ni”

“Kau dengan Saiful dah okey ke?”

Suzana menggeleng. “Dia yang nak ikut. Aku malas nak layan sangat. Nanti bergaduh pula”

“Aku tengok, dia dah mula sukakan kau” Aqilah mula membuat andaian.

“Pandailah kau ni. Aku nak jemput kau dengan Haikal datang ke majlis ulangtahun perkahwinan parent Saiful. Aku harap, kau dengan Haikal datanglah”

“Insyaallah. Kalau aku free, aku datanglah”

“Ana, saya tunggu kat kereta”, sapa Saiful di belakang.

“Okey”, balas Suzana tersentak seketika.

“Pergilah balik. Dia dah tunggu kau”, ujar Aqilah seakan-akan memahami.

“Datang tau”, pesan Suzana lagi.

“Insyaallah”, balas Aqilah beserta senyuman.

“Aku balik dulu. Jaga diri” Suzana bingkas bangun.

Aqilah turut berdiri. Tubuh Suzana dipeluk erat. “Thanks Ana”, ucap Aqilah dalam keadaan berbisik.

Suzana sekadar mengangguk. “Assalammualaikum”, ucap Suzana meleraikan pelukan.

“Waalaikumussalam” Aqilah menjawab perlahan. Langkah Suzana dihantar melalui pandangan mata. Keluhan panjang dihambur perlahan.


 bab 50

“Ila tak perlukan semua ni. Kenapa abang buat macam ni?”

Haikal tetap diam.

“Boleh tak jangan diam. Ila nak penjelasan daripada abang”

“Penjelasan apa lagi?” Haikal mula bosan.

Aqilah tidak puas hati. “Kenapa bagi semua share ni pada Ila? Itukan amanah papa pada abang”

“Itukan hak awak”

Aqilah terpempan. Dia terus memalingkan wajah ke arah lain.

“Saya tak ada hak”

“Ila tak pernah minta semua tu” Hatinya makin sakit apabila tiada lagi ‘abang, Ila’. Yang ada hanyalah ‘saya, awak’. Ya Allah, sakitnya hatiku ini. Rintihnya dalam diam.

“Memang awak tak pernah minta semua tu”, jawab Haikal beserta keluhan kecil.

“Dah tu? Kenapa nak sakitkan hati Ila?”

“Siapa yang sakitkan hati siapa?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Apa maksud abang?” Sisi wajah Haikal dipandang tepat.

“Fikirlah”, jawab Haikal sepatah.

“Kalau Ila buat salah, Ila minta maaf”

Hembusan nafas Haikal saja yang kedengaran.

“Sampai bila kita nak macam ni? Perkahwinan kita tak sampai setahun. Tapi, dah macam-macam yang berlaku”, luah Aqilah.

“Kenapa, awak menyesal ke?”, soal Haikal laju.

“Sikit pun saya tak pernah menyesal”

“Dah tu?”

Aqilah penat. Ya, penat dengan semua ini. “Tak ada apa-apa. Hantar saya balik rumah mama”

“Tempat seorang isteri di sisi suami”, ujar Haikal selamba. Namun, kedengaran cukup tegas!

“Abang tak perlukan Ila lagi”, ujar Aqilah makin sayu.

“Selagi awak isteri saya, tempat awak di sisi saya”

“Ya, betul cakap abang. Selagi Ila isteri abang, Ila kena ikut cakap abang. Ikatlah Ila kalau itu yang abang nak. Ila tak harapkan apa-apa lagi dari abang”

Haikal diam. Kenapalah aku tak pujuk dia? Bodoh betullah!! Bentak Haikal dalam diam.

Aqilah turut diam. Tiada apa lagi untuk dibahas. Tiada suara radio yang membisingkan keadaan. Haikal tetap tenang dengan pemanduan. Dan dia? Hanya menangis dalam hati. Cukup terluka dengan sikap Haikal. Sampai bila semua ini akan berakhir? Aqilah pasrah pada ketentuanNYA....

*****

“KENAPA kau buat macam tu kat Ila?”

“Buat apa?” Haikal tidak faham.

“Kalau kau tak cintakan dia, lepaskan saja”

“Apa yang kau cakap ni?” soal Haikal hairan.

“Dia tunggu kau tahu tak!”, hambur Saiful penuh rasa geram.

“Siapa kau nak masuk campur hal rumahtangga aku?”

“Aku kawan dia. Dan aku pernah bercinta dengan dia”

“Dia tak cintakan kau lagi” Sinis sekali Haikal berkata-kata.

“Memang dia tak cintakan aku lagi. Nak tahu apa sebabnya?”

“Maaflah, aku nak layan tetamu”, tukas Haikal malas memanjangkan perbalahan.

“Dia cintakan kau. Manusia macam kau ni, tak layak dicinta oleh sesiapa pun”

Langkah Haikal terhenti. Dia mengalih tubuh lalu menghadap Saiful. Direnung tepat ke dalam mata Saiful. “Itu hal aku. Kau tak perlu masuk campur”

“Dah lama aku tengok dari jauh. Kalau ego kau tu tinggi, memang susah nak selesaikan masalah”

“Aku tak perlukan nasihat daripada kau” Begitu bongkak sekali Haikal meluahkan kata.

“Orang yang sombong saja yang tak mahu dengar nasihat daripada orang lain”, sindir Saiful berharap kata-katanya berbekas di hati Haikal.

Namun, tiada langsung terkesan di hati Haikal. “Maaf, aku tak ada masa nak bincang pasal hal ni”

“Baguslah. Aku pun malas nak duduk sini lama-lama. Cuma, aku nak beritahu kau. Hargai dia sebelum kau kehilangan dia. Cintanya pada kau begitu dalam. Dia tabah sebab dia yakin kau akan kembali padanya. Fikirlah”

Papp!!!

Saiful terkejut. Pipinya yang perit itu diusap berkali-kali. Hilang terus lamunannya.

“Sakit ke?” 

Terpinga-pinga Saiful seketika. “Err...O..okey. Tak sakit” Tidak perasan bila Suzana ada di sebelahnya.

“Awak termenung apa?”, soal Suzana ingin tahu.

“Tak ada apa-apa”, jawab Saiful tenang.

“Dah lewat malam sangat ni. Pergilah tidur”

“Pukul berapa dah ni?”

“Pukul satu pagi. Kalau awak tak boleh tidur, nak saya buatkan air ke?”

“Eh, tak payah. Saya tak dahaga”, cantas Saiful dengan senyuman.

Saya? Rasa pelik bersarang dalam diamnya. Mana perginya perkataan ‘aku’?

“Hmm”

“Kenapa awak tak tidur lagi?”, soal Saiful tergagap-gagap.

“Nak tidurlah ni”, jawab Suzana dengan muka blurr.

“Oh...Baguslah. pergilah tidur”

“Okey. Selamat malam”, ucap Suzana perlahan.

“Err...Awak..”, panggil Saiful laju.

“Ya, ada apa?”

“Tak...t..tak ada a...apa-apa” Dia sudah tergagap-gagap.

“Awak ada masalah ke? Sejak balik awak asyik mengelamun saja. Tak nak share?” Hati kecil Suzana benar-benar ingin tahu.

“Saya geram dengan Haikal”, luah Saiful penuh perasaan.

“Kenapa?”, soal Suzana laju.

“Saya kasihan tengok Ila. Mana boleh Haikal buat macam tu” Terlayar kembali pertengkarannya dengan Haikal.

“Saya pun kasihan juga tengok Ila. Tapi, nak buat macam mana lagi”

“Itulah pasal. Kesian juga kat kita ni”, ujar Saiful tiba-tiba.

“Kenapa kita pula?”

“Err..”

Suzana menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Saya tak fahamlah”

“Pasal kitalah”

“Ya, saya tahu. Kenapa dengan kita?”

“Agak-agak, bila masalah kita boleh selesai?”, soal Saiful dengan senyuman sudah menguntum di bibirnya.

“Hah?”

“Saya penatlah awak”, getus Saiful.

Suzana termangu seketika.

“Awak, dengar tak apa saya cakap ni?” Saiful makin menghampiri isterinya.

“Den...dengar” Suzana kaku.

“Kita buka buku baru nak?”

Suzana diam.

“Sayang...”

“Hah?”

“Janganlah asyik ‘hah’ saja. Cuba panggil abang sikit”, tutur Saiful kedengaran nakal di telinga Suzana.

“Hah?”

“Tengok tu, ‘hah’ lagi”

“Eh, tak...”

“Apa yang tak?”

“Errr”

Miss you”, bisik Saiful di telinga isterinya.

Hampir luruh jantung Suzana. Terasa mukanya membahang kepanasan. Ruang matanya dipenuhi air hangat. Lantas tubuh Saiful dipeluk erat. “Maafkan Ana”, rintih Suzana di dada Saiful. Sungguh, dia terlalu merindui lelaki ini. Dia mahukan kehidupan yang gembira. Dia rindu dengan semua kenangan itu!

“Kita mula buku baru. Maafkan abang buat sayang menangis”, tutur Saiful meleraikan pelukan. Air hangat isterinya, diseka lembut. Berharap kebahagiaan akan menjadi milik mereka selama-lamanya.

*****

DALAM KEHENINGAN subuh, dia berteleku lama di atas sejadah. Buah tasbih yang berada di tangan ditolak satu per satu sambil mulut terkumat-kamit melafazkan zikir-zikir Allah S.W.T. Air matanya menitis jatuh ke pipi. Lalu, diseka lembut. Dia redha sekarang. Dia tidak mahu lagi menyimpan apa-apa harapan dalam hidup. Biarlah semuanya diserah pada Allah S.W.T.

Matanya jatuh pada sejadah. Tangannya mengusap lembut permukaan sejadah. Air jernihnya makin lebat jatuh. Tubuhnya sudah terhinjut-hinjut. Sesalnya datang bertubi-tubi. Sudah terlalu lama dahinya tidak menyentuh sejadah. Insafnya bertamu di hati kecil...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)