ERTI CINTAMU

1

“I CINTAKAN YOU QIS!”

“Hah?” Balqis tersentak. Begitu juga dengan Suria.

Hampir terlepas sudu yang dipegang oleh Balqis. Dadanya seakan-akan terhenti. Ibarat kehidupan menjadi kaku dan beku.

“Eh, you jangan nak buat lawak dengan I Rafz. Baik you bercinta dengan batu dan kayu daripada you bercinta dengan I”, seloroh Balqis terus menyuap nasi goreng paprik ke dalam mulut. Kelat!

“Ishk, orang tu betul-betullah”, bisik Suria lalu menyiku lengan Balqis. Geram pula melihat reaksi Balqis yang loyar buruk itu.

Hendak tersembur makanan yang dikunyahnya.

“Qis, I betul-betul cintakan you”, ucap Rafznan perlahan. Matanya yang kuyu bertambah kuyu memandang Balqis.

“Eh, kejap-kejap. I ni mimpi ke atau betul-betul?”, tanya Balqis mula menampar pipinya. Auww, sakit! Bukan mimpi!

“Qis, orang tu betul-betul. Kau jangan nak loyar buruk pulak kat sini”, tegur Suria berbisik. Kasihan pula melihat Rafznan yang sudah menundukkan kepala.

“Aku pun serius juga. Tiba-tiba je”, bisik Balqis perlahan.

“Eh, aku nak gerak dulu. Good luck”, ujar Suria bingkas berdiri dan melangkah pergi dari situ.
Balqis sudah mula mengelabah.

“I tak kisah kalau you tolak. I saja nak cuba nasib”, tutur Rafznan setelah lama berdiam.

“Hmm, boleh I tanya you sesuatu?” Lagaknya seperti meminta kebenaran pula.

Terangkat kening kanan Rafznan. “Why not”

“Kenapa tiba-tiba je you cakap cinta dekat I?”, soal Balqis ingin tahu. Musykil pun ada juga!

Rafznan tersenyum kecil. Dia menyandarkan badan lalu memandang Balqis dengan tajam.
Apa lagi, kecut perut Balqis dibuatnya. Pandangan mata Rafznan seakan-akan menembusi jauh ke dasar hatinya.

“Tapi, kalau you tak terima, I okey je. Kita kenalah hadapinya kalau cinta ditolak”, balas Rafznan tenang.

“Owh, macam tu eak. You ni, sebenarnya cinta ke tidak? Sekejap cakap cinta, sekejap lain pula. Pelik-peliklah. I tak fahamlah dengan you ni” Balqis mula pening. Dia ni, bersungguh-sungguh ke atau pun tak? Hatinya mula bersoal sendiri. Macam lidah bercabang dua pula.

Hanya keluhan saja yang terkeluah dari mulut Rafznan.

“Okeylah, kita cuba” Akhirnya kata putus diberi oleh Balqis. Erkk! Rafznan tersentak!

*****

“Kau okey tak?” Soalan pertama yang ditanya oleh Suria sebaik saja dia tiba di rumah.

Balqis hanya diam. Dia sendiri pun berasa tidak percaya dengan apa yang diucapkan tadi. Keluhan kecil terluah juga.

“Take time Qis. Jangan terburu-buru sangat. Nanti menyesal tak berguna pula”, pesan Suria sebagai seorang kawan.

“Hmm, aku tahu. Kau rasa Rafz tu ikhlas tak?”

Suria hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

“Umur kita dah berapa Su?”, soal Balqis tanpa diduga. Mulutnya sendiri meluahkan pertanyaan yang spontan itu.

Suria sudah menggeru kepalanya yang tidak gatal. “Kau dah angau ke Qis?”

Balqis terdiam. Ya, sebaik saja mendengar lafaz cinta dari Rafznan, fius di otaknya seolah-olah sudah terputus. Adoiyai….parah ni!

“Su, kita dah 27 tahun. Kau rasa, patut tak aku bercinta?” Balqis mengalihkan pandangan ke arah Suria.

Suria diam. “Kalau itu yang terbaik buat kau, terbaik juga buat aku. Kau kan tak pernah bercinta. Apa salahnya kalau mencuba. Cinta tu boleh dipupuk Qis. Aku akan bahagia bila kawan aku bahagia”, ujar Suria terus menarik kawannya ke dalam pelukan.

“Tapi, hati aku tak cintakan dia lagi Su. Macam mana kalau satu hari nanti hati aku dah mula suka pada Rafz, tapi aku dikecewakan? Macam mana tu? Memang aku tak pernah bercinta. Aku trauma Su. Aku trauma bila lihat kemusnahan rumahtangga mak ayah aku. Aku takut Su. Gara-gara orang ketiga, mak ayah aku bergaduh. Dan….” Balqis tidak dapat meneruskan kata-kata lagi.

Suria mengusap belakang badan sahabatnya. “Aku faham Qis. Jodoh, pertemuan, ajal, maut, semua ditangan DIA. Kau kena redha Qis” Suria berusaha memujuk sahabat baiknya.

“Thanks sebab kau sentiasa ada di sisi aku. Cuma, aku kesiankan mak. Sampai hati ayah aku buat macam tu”, luahnya penuh kesal. Air matanya dikesat dengan kasar. Sakit hati apabila mengenangkan derita hati seorang isteri.

“Aku yakin kau akan temui kebahagiaan Qis”, bisik Suria turut mengesat air mata di pipi Balqis.


2

“EDDY? YA ALLAH, lamanya aku tak jumpa kau. Apa cerita sekarang kawan?”

“Assalammualaikum lah Cik Balqis oiii”

Melopong mulut Balqis. Cepat-cepat dia menekup mulutnya. “Waalaikummussalam wahai saudara Eddy. Kau apa khabar? Kau buat apa kat sini? Nak beli apa-apa ke?” Bertalu-talu soalan yang diaju kepada Eddy.

“Kalau ya pun lama tak jumpa, tanyalah satu-satu. Ishk, tak ubah perangai kepoh kau tu” Eddy sudah ketawa besar.

Menjegil mata Balqis. “Ishk, malulah orang tengok nanti. Kau buat apa kat sini?”

“Aku nak beli kau lah”, seloroh Eddy lalu ketawa kecil.

“Eh, saudara, kedai ni hanya jual buku-buku, majalah-majalah. Kalau kau nak loyar buruk kat sini, baik tak payah. Nanti bos aku tengok, aku pulak yang dikatakan curi tulang” Sesekali matanya liar ke serata kedai buku itu. tidak pasal-pasal, dia yang dibuang kerja.

Eddy mengangkat keningnya. “Aku saja datang. Sebenarnya, aku, mama dengan papa ada pergi rumah kau. Mak kau kata, kau dah kerja kat sini. Dia bagi aku alamat tempat kerja kau. Aku jumpa kau pun sebab nak offer kau satu kerja ni. Sesuai sikit dengan kelayakkan kau” Eddy menghulurkan business card kepada Balqis.

Balqis mengeluh. “Aku ni dah lama menganggur tahu tak. Lain yang belajar, lain pula yang aku kerja. Kalau kau nak aku kerja dengan kau, apa yang kosong kat company keluarga kau?”, soal Balqis seolah-olah teruja.

“Kau kan pandai akaun. Tak nak ke?” Eddy seakan-akan memancing minat Balqis.

“Yeke? Eh, aku nak lah. Peluang tu. Bila aku boleh interview?” Wajahnya mula bersinar-sinar. Senyuman tidak lekang dari bibir merahnya.

“Tak payah nak interview. Tahu tak, berusaha aku cari kat mana kau tinggal. Kenapa kau pindah tak beritahu aku? Kau ni, walaupun aku ni selalu sakitkan hati kau, tak bermakna aku ni jahat kat kau. Nasib baik Mak Ngah kau beritahu yang kau dengan mak pindah kat Melaka. Kalau tak, sampai bila-bila aku tak dapat cari kau. Tapikan, macam mana kau boleh cam aku eak?” Nadanya menampakkan keterujaan sekali.

Balqis yang mendengar terharu sangat. “Aku cam lah kau. Kita last jumpa masa kau ke Luar Negara. Takkanlah, bila kau balik, aku terus tak cam. Teruk betullah kau ni. Eh, kau pergilah keluar. Nanti kalau bos nampak, marah lak dia. Nanti-nanti aku call kau. Terima kasih tau. Sampaikan salam sayang aku kat mama dengan papa kau”, tukas Balqis agak kepoh.

Eddy yang mendengar terus mencebik. “Eleh, kat aku tak ada pula kata sayang. Nyampah!”, gumam Eddy perlahan. Namun, masih dapat didengar oleh Balqis.

“Ewah-ewah, kau ni melampau betullah. Cuh, cuh…Aku nak buat kerja ni. Nak susun buku lagi” Balqis mula mencekak pinggang.

Eddy sudah ketawa besar. “Yela-yela. Aku pergi dulu. Ingat tau, call aku. Assalammualaikum”, ucap Eddy terus berlalu sebaik saja salamnya dijawab.

Dalam hatinya sudah ada bunga-bunga yang sedang mekar…

*****

“Kenapa Su tak ikut sekali?”

“Su kata dia tak sihat”

“Tak sihat? Dia sakit ke?”, tanya Rafznan terus terhenti menyuap makanan.

“Tak sedap badan. Tadi pun I dah bagi panadol kat Su”, balas Balqis dengan senyuman.

“Owh…”

“I ingat nak belikan makanan untuk dia sekali boleh?”

“Eh, mestilah boleh. You ni, itu pun nak minta izin dari I ke? Peliklah you ni” Rafznan sudah mula ketawa.

“Werkk”, ejek Balqis lalu menjelirkan lidah.

“Amboi-amboi, buatlah selalu macam tu eak. Kerat lidah tu buat sup lidah baru tahu”

Pantas tangan Balqis menutup mulutnya. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Rafznan hanya mampu tersenyum. Macam budak kecil! Desis hati kecilnya.

“You ni serius ke?”

“Maksud you?” Rafznan binggung.

“Yela, you nak kita ni betul-betul serius ke?”, soal Balqis mula serius.

Rafznan hanya menggangguk. “Kalau you serius, I akan serius”, balas Rafznan selamba.

Balqis mengeluh. “You buatkan I rasa musykil sangat. I peliklah dengan you ni. Kalau you ada agenda lain, jangan nak libatkan I pula. I takut, bila hati dah mula sayang pada seseorang, I takut dikecewakan”, luah Balqis dengan suara yang kendur.

“You kena kuat Qis. Jangan jadikan kenangan sebagai penghalang kebahagiaan dalam hidup you” Rafznan memberi kata-kata semangat buat Balqis.

“Thanks Rafz. I okey sebernarnya. Cuma…”

“Eh, cantiknya bulan malam ni”, cantas Rafznan lalu mendongak ke atas.

“Rafz!”, marah Balqis lalu mengangkat penumbuknya. Lambat-lambat ketawa Balqis dan Rafznan bersatu.

Kalau nak buat lawak pun, agak-agaklah. Ada ke patut si Rafznan dapat tengok bulan. Sedangkan, makan pun dalam tempat bertutup! Siap ada siling lagi! Mana pula datangnya bulan!

Balqis terasa benar-benar terhibur!


3

“MACAM mana kerja? Okey?”

“Hai, dah tiga bulan aku kerja dengan kau, baru kau nak tanya okey ke tidak? Teruk betullah bos aku ni”

Eddy yang mendengar hanya mampu ketawa. “Sorry lah. Bukan aku tak nak tanya. Aku pun terlupa. Kerja banyak sangat”

“Itulah, kerja, kerja juga. Jangan lupa kat awek kau sudah. Kesian kat dia. Kalau aku dapat pakwe yang gila kerja macam kau, alamatnya asyik bergaduh saja”, seloroh Balqis disambut tawa oleh Eddy.

“Betul juga kata kau. Tapi, aku nak bergaduh dengan siapa? Aku pun tak ada awek lagi. Kau carilah seorang untuk aku. Tak pun, kau sajalah jadi makwe aku. Nak?”

Balqis terus ketawa besar. Pelanggan yang sedang menikmati di Side Walk Cafe sesekali memerhatikan ke arahnya. Dia malu sendiri.

“Aku serius Qis. Kau ingat tak masa kita kecil dulu-dulu. Masa tu aku darjah 3. Kau pulak darjah 1. Kau ingat tak yang aku pernah kata, ‘kalau Ed dah besar dan dah berjaya, Ed nak Qis jadi isteri Ed’. Kau ingat tak?” Eddy sudah tersenyum mengingati kenangan silamnya bersama Balqis.

Balqis mula menelan liur. Terasa payah benar hendak masuk ke dalam kerongkong. “Kau kalau nak buat lawak pun, tak payahlah nak ungkit kenangan dulu-dulu. Aku tak pernah berjanji pun. Itukan, hanya kenangan”, balas Balqis gugup.

Eddy menggangguk setuju. “Ye, aku tahu. Tapi, kelakarlah kalau teringat kisah dulu-dulu kan? Kau macam mana? Dah ada ke yang istimewa?”

Jantung Balqis yang tadinya berdetak hebat tadi, sudah surut sedikit demi sedikit. Apalah aku ni, dia gurau saja tu. Hati kecilnya mula berbicara.

“Kau dah ada yang berpunya ke?”, soal Eddy untuk kesekian kali.

Lambat-lambat Balqis mengangguk.

“Wah, dengan siapa? Mesti handsome daripada aku kan?” Begitu teruja sekali Eddy mendengarnya.

“Ishk kau ni, ada pula ke situ. Ala, tak payahlah cerita pasal ni. Esok hari minggukan?”

“Yup, kenapa?”

“Jom pergi joging. Kat tasik seksyen 2 nak?” Dalam hati berharap sangat Eddy akan menemannya.

“Kenapa tak ajak buah hati kau je?”

“Ala, dia out station la. Jomlah”, ajak Balqis sudah mengharap benar.

“Sorry beb, aku ada hal esok. Kau kan tahu aku ni kerja macam mana. Seminggu aku tak ada. Aku ada urusan kerja sikit” Eddy mengeluh kecil. Terkilan juga rasa hatinya.

“Eh, tak apalah. Kerja lebih penting. Nanti, lingkup pula company keluarga kau. Jomlah, dah nak maghrib ni”, tukas Balqis mengukir senyuman.

Eddy turut membalas senyuman Balqis…

*****

“Hai, hari minggu macam ni pulaklah semua orang tak ada dalam rumah. Su tak ada, Rafz pun tak ada, Eddy pun tak ada. Kan bagus kalau balik kampung”, rungut Balqis seorang diri sambil meneruskan lariannya.

Baru beberapa langkah dia berlari, dia sudah termengah-mengah. “Ishk, kalau dulu, satu pusingan aku buat tanpa henti. Sekarang, jangan kata dua pusingan, satu pusingan pun belum tentu lagi lepas. Arghh, penatnya”, keluhnya mula berjalan perlahan-lahan untuk cukupkan satu pusingan.

“Hish, tak boleh ni. Nak rehatlah. Nasib baik Eddy tak ikut. Kalau tak, malu saja kat dia. Nasib, nasib”, bebelnya mula mencari bangku kosong.

Namun, langkah kakinya terhenti apabila terlihat sesuatu…


4

“CEPATLAH SIKIT JALAN TU”

Balqis mencebik. Lidahnya dijelir tanda geram. Mukanya masam mencuka.

“Apa ni, tak baik tahu tak masam muka macam ni. berdosa tahu tak”, tegur Rafznan lalu ketawa kecil.

“Eleh, biarlah”, bidas Balqis makin masam mukanya.

Rafznan menggeleng kepala berkali-kali. Macam budak-budak. Dah jadi isteri orang pun nak merajuk lagi! Desis hati kecil Rafznan.

“Qis, cuba senyum sikit. Tak elok tau tak masam macam ni. Nanti…”

“Assalammualaikum. Maaf lambat”

“Waalaikummussalam” Serentak Rafznan dan Balqis menjawab.

“Asal kau lambat sangat ni?”, soal Rafznan tenang.

“Maaflah, aku ada kerja sikit tadi”, jawab Eddy tenang.

“Yela tu, entah-entah…” Kata-kata Balqis terhenti apabila kata-katanya dipotong oleh…

“Eh, sorry lambat. Tadi ada hal sikit”, celah Suria mula mengambil tempat kosong.

“Tak apa. Lain kali, bagilah salam dulu”, tegur Rafznan lembut. Suria sudah tersipu malu.

“Eh, pergilah order makanan tu”, ujar Eddy setelah lama mendiamkan diri.

“Jom sayang, kita pergi tempah makanan dulu” Rafznan sudah mula bangun dari kerusinya. Diikuti oleh isterinya.

Eddy hanya tersenyum. Dia memandang sepasang suami isteri yang bahagia itu lewat dari ekor matanya. Tiba-tiba…

“Aduh!” Lengannya dicubit. Perit!

“Hah tahu pun sakit. Apa pandang-pandang kat sana tu? Cemburu ke?”

Eddy mengusap-usap lengannya yang tampak merah itu. lambat-lambat bibirnya mula menguntum senyuman.

“Cuba sayang senyum sikit. Sayang nampak cantik tahu tak kalau senyum”, bisik Eddy perlahan. Mula tersenyum nakal.

Eii, nyampah! Desis hati kecil Balqis.

“Ingat abang tak cemburu ke tengok sayang dengan Rafz mesra?” Eddy mula merajuk.

Balqis menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Tekaknya tiba-tiba berasa mual. Pantas dia bangun meninggalkan Eddy. Tidak dihiraukan lagi Eddy yang baru menguntum bunga-bunga rajuk.

“Sayang, tunggu abang”, jerit Eddy lantang. Tidak dihiraukan lagi orang ramai yang berada di situ.
Rafznan dan Suria saling mengalihkan pandangan ke arah pasangan suami isteri itu. Kelihatan Eddy hanya menggunakan bahasa isyarat bahawa dia terpaksa meminta diri. Rafznan hanya menjawab dengan anggukan.

“Kenapa abang?”, tanya Suria.

“Adalah apa-apa yang digaduhnya tu”, balas Rafznan lalu menggenggam tangan isterinya erat. Kasih sayangnya pada Suria makin menebal dari hari ke hari.

*****

“Tak sejuk?”, soal Eddy mula merangkul erat tubuh langsing Balqis.

Balqis yang selesa begitu turut membalas dengan memegang tangan Eddy yang melingkari pinggangnya. Perlahan-lahan kepalanya dilentok di dada eddy.

“Terima kasih sayang”, ucap Eddy mengucup dahi Balqis.

“Sama-sama kasih”, ucap Balqis perlahan. Tenggelam dalam kehangatan pelukan suaminya. Berita yang menggembirakan mereka apabila dia disahkan hamil 2 bulan. Tidak disangka 4 bulan mendirikan rumahtangga, dia akan menjadi ibu tidak lama lagi.

“Sayang”, bisik Eddy di telinga Balqis.

“Hmm…”, balasnya pendek.

“Abang cemburu…”, bisik Eddy perlahan. Dalam sekali maknanya.

Balqis sudah tersenyum manis. Lambat-lambat dia mengalihkan tubuh menghadap Eddy. Wajah kacak suaminya dipandang dengan penuh rasa cinta.

“Apa yang membuatkan abang cemburu?”, soal Balqis tenang.

“Cemburu sayang terlalu rapat dengan Rafz…”

“Syhhh…” Jari telunjuknya diletakkan pada bibir Eddy yang merah itu. Lama raut wajah itu ditatapnya. Ya, inilah masa yang paling sesuai. Dia sudah bersedia untuk luahkan apa yang terpendam di hati.

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi”, potong Balqis laju. Dia mendakap tubuh sasa Eddy dengan penuh kasih sayang. Dapat terasa degupan jantung Eddy di telinganya tatkala kepalanya mencecah dada suaminya.

“Sayang dengan Rafz hanya kawan. Tak lebih dari kawan. Memang dulu Qis akui yang Qis tak cintakan abang. Mungkin Qis buta masa tu. Qis yang melebih-lebih. Padahal, Rafz hanya anggap Qis hanya seorang kawan. Maafkan Qis sebab tolak cinta abang. Qis tak patut buat abang macam tu. Qis bersalah pada abang. Qis minta maaf. Qis cintakan abang. Sungguh. Qis tahu abang serius masa cakap pasal kenangan. Qis tahu abang cuba sembunyikan perasaan abang. Maafkan Qis, abang”, ujar Balqis seraya mencapai tangan Eddy dan dikucup penuh hormat. Penuh sayu nadanya.

Lantas juga dia teringatkan kata-kata Rafznan semasa peristiwa itu….

“You anggap I apa Rafz? Kenapa you buat I macam ni?” Memang tak silap lagi penglihatannya. Masakan dia rabun. Dia belum lagi rabun. Dia kenal akan susuk tubuh dua insan itu dari jauh. kerana itu, dia cuba menghampiri dua insan yang amat dikenalinya.

“Maafkan I, Qis. I hanya cintakan Suria”, tutur Rafznan kesal. Tembelangnya sudah pecah. Dia bukannya out station. Dia terpaksa menipu. Dia perlukan masa untuk beritahu hal yang sebenar. Ya, hal mengenai hatinya tidak pernah menganggap Balqis lebih dari seorang kawan.

“Jadi, you hanya pergunakan I untuk sakitkan hati Su? Apa semua ni Rafz, Su? Bila hati I dah mula sayang pada you, tak sangka I dikecewakan” Dadanya sudah berkocak hebat. Makin terbakar hatinya apabila Rafznan menggenggam erat tangan Suria. Nampak sangat dirinya tidak dicintai oleh Rafznan!

“Qis, aku minta maaf. Aku yang bersalah. Aku ingatkan Rafz betul-betul cintakan kau. Memang benar aku cintakan Rafz. Tapi, bila aku tengok kau dan Rafz mesra seperti pasangan yang sedang bercinta, aku tak nak ganggu cinta kau. Tapi, aku tak tahu Rafz pun ada hati pada aku. Maafkan aku, Qis. Aku sanggup ketepikan hati dan perasaan aku. Yang penting, aku dapat tengok kau dengan Rafz bahagia”, terang Suria panjang lebar. Perlahan-lahan Suria melepaskan pegangan tangan Rafznan di tangannya.

Balqis tersentak. Patutlah Suria selalu memencilkan diri dengannya. Dan, Rafznan pula pandai mengawal perasaannya tiap kali Suria ada antara dia dan Rafznan. Pandainya dia orang berlakon! Balqis mula mengingati setiap perkara yang menampakkan perubahan pada diri Rafznan dan Suria. 3 bulan Rafznan berpura-pura mencintainya. Sungguh, lututnya seakan-akan lemah. Kakinya seperti tidak mampu menampung tubuhnya.

“Su, please, jangan tinggalkan I”, rayu Rafznan tanpa segan silu.

“Maaf Rafz. I hanya anggap you kawan. You dah terlambat Rafz. Qis, aku harap kau bahagia. Ketahuilah, aku tak sesekali membelot kawan sendiri. Aku sayangkan kau Qis. Assalammualaikum”, ucap Suria seraya mengesat kelopak matanya. Dia terus melangkah pergi. Rasa bersalah pada Balqis makin menghimpit dadanya.

Balqis menelan liur berkali-kali. Hilang terus marahnya. Timbul pula rasa kasihannya. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Doa Balqis dalam hati.

“Nanti dulu” Balqis menguatkan sedikit suaranya. Sesekali dia memandang wajah Rafznan yang sudah putus harapan jadinya.

Langkah Suria terhenti. Dia kaku.

Bibir Balqis mula tersenyum kecil. “Kau kawan aku dunia dan akhirat”, akui Balqis seraya berlari mendapatkan Suria. Dia memeluk sahabatnya dengan erat.

“Aku minta maaf Qis. Aku tak terniat nak tikam kawan sendiri” Tersedu sedan Suria menangis.
Balqis mengangguk berkali-kali. Dia merenggangkan pelukan. Air mata di pipi Suria diseka lembut.

“Rafz…”, panggil Balqis perlahan. Dia tahu Rafznan amat mencintai sahabatnya. Kalau tidak, kenapa wajah Rafznan kelihatan murung sekali.

“You betul-betul cintakan Su?”, soal Balqis berusaha bertenang. Biarpun hatinya sakit, dia akan tetap meneruskan juga.

Rafznan mengangguk. Lalu menundukkan wajahnya. Ya Allah berdosanya aku. Ucap Rafznan penuh kesal dalam hati.

Balqis tersenyum hambar. “Su”, panggil Balqis lalu menjungkitkan sedikit dagu supaya Suria memandangnya. “Bercinta tu memang indah Su. Tapi, kadang-kadang ia menyakitkan. Su, aku rela lepaskan Rafznan. Aku nak kau bahagia”, tutur Balqis lantas menundukkan wajahnya. Ya, hatinya pedih! Kuatkanlah hati ini Ya Allah.

Rafznan yang mendengar terus tersentak. Begitu juga dengan Suria.

“Qis, please jangan seksakan hati kau. Aku tahu kau cintakan Rafz” Suria mula membantah. Gila! Bentak hati kecil Suria.

Balqis menggeleng berkali-kali. “Tak, aku tak berhak ambil tempat kau di hati Rafz. Apa gunanya kalau aku seorang yang ada perasaan cinta. Sedangkan, dia hanya cintakan kau. Aku nak kau dengan Rafz bersatu”

“Tapi…”

“Syhh, tak ada tapi-tapi. Okeylah, aku nak balik dulu. Good luck”, potong Balqis sempat berbisik di telinga Suria.

“Qis…”, panggil Rafznan. Dia mula terasa bersalah. “I tak niat nak pergunakan you”

Balqis menarik nafas sedalam-dalamnya. “No hal lah. Lagipun, kita boleh jadi kawan”, ucap Balqis sedaya upaya mengawal gelodak perasaannya.

Eddy….Kau kat mana? Aku perlukan seseorang….Rintih Balqis terus berlalu. Air mata yang ditahan akhirnya menitis juga.

*****

“Hei, jauhnya mengelamun”

Balqis tersentak. Hancur berkecai lamunannya. Dia kembali berpijak pada bumi yang nyata.

“Abang, maafkan Qis”, pintanya penuh mengharap.

Eddy tersenyum lebar. “Qis tak pernah salah dengan abang. Cuma, satu je yang Qis perlu tahu. Apa yang abang pernah janjikan dulu pada Qis, abang tak main-main. Abang serius Qis”, terang Eddy mengusap kedua-dua pipi isterinya.

“Walaupun Qis tak cantik, abang tetap nak Qis jadi isteri abang ke?”

Eddy menggangguk laju.

“Yela tu. Buatnya kalau Qis gemuk, agak-agaknya abang nak ke cakap pasal kenangan tu?” Balqis cuba menduga Eddy.

Eddy sudah ketawa besar. “Lawaklah sayang abang ni. Ke situ pulak. Qis, cinta abang pada Qis terlalu mendalam. Sampaikan abang out station pun, abang asyik ingatkan Qis. Dahlah Qis berhenti kerja tanpa tunggu abang balik”

“Nak buat macam mana. Frust giler masa tu”, seloroh Balqis menekankan perkataan ‘giler’. Dia ketawa kecil.

“Tapi, abang rasa gembira sebab abang dapat berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh sayang. Dan, abang bahagia bila Qis jadi isteri abang”, bisik Eddy perlahan.

Beberapa saat Balqis memejamkan matanya. Terasa indah benar pengakuan yang diluahkan oleh suaminya. “Terima kasih sebab sudi terima Qis. Baru Qis tahu erti cinta abang pada Qis”, bisik Balqis lalu merangkul leher Eddy. “I love you”, ucap Balqis dengan jantung yang bergetar hebat.

Membutang mata Eddy mendengarnya. Lambat-lambat dia membalas, “I love you too” Eddy mengucup dahi Balqis. Akhirnya, mimpi yang selalu bermain di mindanya telahpun menjadi kenyataan. Perkataan yang amat bermakna ini akan diingatinya selalu.

Balqis meleraikan pelukannya. Wajah Eddy ditatap sedalam-dalamnya. Cinta, rindu, seakan-akan memanggil dirinya.

“Nak tidur”, bisik Balqis sudah tersenyum nakal.

Eddy ketawa kecil. Terus tubuh langsing Balqis dicempungnya. “Nak tahu tak? Paling abang bahagia bila sayang ucap kata-kata keramat”, tutur Eddy lantas mengucup wajah Balqis. Hanya Putri Balqis Binti Badrulshah yang berjaya menawan hatinya!

Terjerit-jerit Balqis dibuatnya. Dalam hati, sekudus doa dilafazkan. Dia bertuah kerana mempunyai seorang suami yang baik dan penyanyang. Eddylah teman dan penawar segala kedukaan yang dialami olehnya. Hanya Muhammad Eddriyan Bin Sulaiman menjadi raja hatinya! Sesungguhnya, cinta, rindu dan kasih hanya miliknya.

Ya Allah, kekalkanlah, kebahagiaanya aku dan suamiku…Doanya seiring dengan harapan agar dia dapat menjadi seorang isteri yang solehah! Amin…

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)